Menurut sumber media RIA Novosti, jet pejuang Sukhoi T-50 ini dibangunkan hasil kerjasama di antara Rusia dan India sejak tiga tahun lalu.
Ketua Turus Angkatan Tentera Rusia, Jeneral Alexander Zelin melaporkan prototaip T-50 ini akan siap pada pertengahan tahun 2013 dan akan dikeluarkan secara rasmi kepada pihak tentera Rusia pada 2014-2015.
Zelin juga mengesahkan Sukhoi T-50 akan menjadi jet pejuang utama bagi tentera udara kerajaan Rusia dan India.
Sumber juga melaporkan perbelanjaan membangunkan jet pejuang ini hampir menelan belanja USD 6 bilion bagi kedua-dua negara dimana kerajaan India menanggung 35 peratus kos pembangunan.
Sukhoi T-50 'stealth' ini merupakan jawapan dan pesaing utama jet pejuang keluaran Amerika Syarikat, F-22 Raptor - RIA Novosti.
- KLpos
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa