“Kehadiran Anwar Selaku OKT Boleh ‘Intimidasi’ Saksi”
KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini menegaskan kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh menganggu dirinya sebagai saksi memandangkan status mantan Timbalan Perdana Menteri itu adalah orang kena tuduh (OKT).
Beliau berkata demikian sebagai jawaban kepada keengganannya untuk ditemuduga di mahkamah hari ini.
Menurut Musa, adalah tidak sesuai untuk menemubual seorang saksi sekiranya orang kena tuduh (OKT) hadir sama di dalam sesi tersebut memandangkan kehadirannya mampu menyebabkan intimidasi terhadap saksi berkenaan.
Justeru itu, menurut Musa, beliau mengambil keputusan enggan ditemuduga walaupun sudah hadir di mahkamah untuk tujuan tersebut hari ini.
“Tak ‘proper’ kerana tertuduh selalunya tidak boleh ada sama..ianya boleh ‘intimidate’ saksi,” katanya melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) kepada mynewshub.my di sini hari ini.
Selain itu, beliau turut menafikan kenyataan peguam Anwar, S.N. Nair, yang memberitahu media bahawa Musa tidak hadir ke mahkamah hari ini untuk ditemuduga.
” Saya dah hadir di mahkamah tapi saya tak mahu diinterbiu kerana Anwar Ibrahim ada bersama,” tegasnya lagi.
Mengulas lanjut mengenai keengganannya ditemuduga dengan kehadiran Anwar, Musa berkata tidak ada sebarang peruntukan undang-undang yang membenarkan peguambela atau tertuduh untuk menemuduga saksi perbicaraan.
Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memberi kebenarang kepada Anwar dan barisan peguamnya untuk menemubual 15 saksi kes liwat Anwar – Saiful Bukhari Azlan dalam tempoh seminggu serta menetapkan tarikh 15 Ogos untuk sesi bela diri kes itu.
Beliau mengeluarkan perintah mahkamah untuk para saksi untuk hadir di mahkamah, namun menyerahkan kepada mereka sama ada bersetuju atau tidak untuk ditemubual oleh barisan pembelaan kes tersebut.
Musa dan bekas Ketua Polis Melaka Datuk Mohd. Rodwan Mohd Yusof, hadir ke mahkamah di Kompleks Mahkamah di Jalan Duta di sini hari ini untuk ditemubual namun kemudiannya membatalkannya selepas menyedari kehadiran Anwar dalam sesi itu.
Pemilik unit kondominium di mana kejadian liwat didakwa berlaku, Hasanuddin Abd Hamid dan dua orang pembantu rumah itu yang dikenal pasti sebagai Suliati manakala seorang lagi Fitria Dipan yang dikatakan kini telah pulang ke negara mereka, Indonesia, turut dipanggil untuk ditemuduga. - Oleh ZAMZUKHAIRI NOORDIN (mynewshub.my)
Tak apa dua-dua tu nanti akan terpaksa menjawab di hadapan Allah di rabiuljalil....insyaallah....mana bisa terlepas begitu saja dong!
ReplyDeleteHei Musang anak Hasang lu boleh kelentong sama manusia tapi sama tuan Allah lu jangan kelentong ma Lu tatak caya sama itu nelaka sama itu suluga??? Lu punya pak tatak aja itu Islam sama lu ah? Nanti bila lu seiii wa kilim kasi sama lu itu keleta micidis sama uwang keletas kasi taluk dalam lu punya kilanda. Atak keleta sama uwang
ReplyDeletehabis selama ini yang kita lihat saksi disoal dihadapan tertudoh dalam apa jua kes tak betullah?.pada orang lain betul pada kamu tak betul tak ada dalam perundangan?.mangkok babi ayun punya lanun penyanggak.
ReplyDeleteAnonymous
ReplyDeleteItu sudah pastinya!
antahberantah
ReplyDeletePercayakah dia kepada 'Hisab dan Neraka Allah'?
Anonymous
ReplyDelete'mangkok babi ayun punya lanun penyanggak'.
Memang perkataan yang sesuai!