Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, August 2, 2011

Bagus, Carilah Pasal......

Kalau suasana tidak tenang tidak boleh nampaknya. Tidak senang kalau air tidak dikocak.

Sebelum Pok Nik kata apa hitam putihnya, jangan nak buatkan melarat apa yang dia tak ngoyak.

Sebelum ini UG dan Sekarang Ku Li. Ok, buatlah ribut supaya rakyat kelam kabut dan tak mustahil akan akan cabut. PRU 13 putih mata, padan muka!!

Ketua Dewan Ulamak PAS setuju Ku Li ganti Anwar..

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib tidak menafikan kemungkinan Tengku Razaleigh Hamzah bakal memegang jawatan Ketua Pembangkang, menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berpendapat, jika Ahli Parlimen Gua Musang itu mempunyai pengaruh serta ramai pengikut selain mendapat majoriti sokongan, tidak mustahil Tengku Razaleigh atau Ku Li akan mengemudi pakatan pembangkang selepas ini.


Harun bagaimanapun berkata, semua parti dalam pakatan pembangkang akan meneliti terlebih dahulu prestasi Tengku Razaleigh sebelum memastikan bekas Presiden Semangat 46 itu layak menjawat jawatan tersebut, jika keadaan memerlukan.


"Kita akan tengok dulu daripada segi prestasi beliau (Ku Li), kalau beliau ada pengikut yang ramai atau sokongan majoriti dalam kalangan parti pembangkang, kemungkinan besar beliau akan jadi Ketua Pembangkang.


"Begitu juga dengan Anwar, beliau boleh berunding dan kalau tak dapat majoriti penyokong, mungkin beliau (Anwar) tak akan duduk di situ lagi (menyandang jawatan Ketua Pembangkang)," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.


Beliau diminta mengulas dakwaan mengenai pelawaan pihak pembangkang kepada Tengku Razaleigh untuk memegang jawatan Ketua Pembangkang sebagai persediaan jika Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) disabit kesalahan dalam kes liwatnya.


Harun yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Terengganu seterusnya berkata, setiap pemimpin termasuk Anwar tidak semestinya menyandang sesuatu jawatan itu dalam tempoh yang lama, sebaliknya perlu memberi laluan kepada orang lain.


"Beliau tak akan selama-lamanya jadi Ketua Pembangkang, jika orang lain yang mendapat sokongan majoriti dalam pembangkang, maka dia pula yang akan jadi ketua," jelasnya.


Ditanya sama ada Tengku Razaleigh dipelawa memegang jawatan Ketua Pembangkang setelah Anwar dianggap sebagai liabiliti kepada pembangkang termasuk masalah moral yang dihadapinya, Harun menjelaskan: "Itu bukan faktornya.''


p/s: Apa kata Nik Aziz bila Ketua Dewan Ulamak PAS pun sokong Ku Li ganti Anwar?

Harun Taib takkan buat statement kalau Pok Nik tak setuju.. Sapa yang buat lawak jenaka sekarang ni? Hahahahaha....

Sumber di sini

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa