Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, August 8, 2011

Sihir Antara Fantasi Dan Realiti

Sebenarnya Pak Din baru pulih dari sakit yang dihidapi semenjak tiga bulan yang lalu. Kini walau pun tidak sihat sepenuhnya tetapi Pak Din tetap bersyukur kerana berjaya melepasi satu dugaanNya yang agak memeritkan dan diizinkan bernafas lagi sehingga ke saat ini.

Akibat dari sakit inilah juga yang menyebabkan ada satu ketika Pak Din teramat jarang mengupdate blog. Tapi Pak Din tak cakap yang sebenarnya Pak Din sakit.

Yang mnejadi masalahnya sakit yang Pak Din alami ni pelik sikit. Berubat dengan cara Allopathy dan semestinya diapit dengan Zikir dan Doa.

Selama dua bulan setengah Pak Din bertahan dengan cara ini. Bila dah meresakan agak pelik maka Pak Din pun beralih kepada Bomoh/Dukun pula.

Sakit Pak Din tertumpu pada anggota di sebelah kanan. Dari bahu, lengan, punggung terutama bahagian sendi paha, pinggang, paha, lutut dan betis. Yang deritanya di waktu malam. Sakit sehingga tak boleh tidur. Kalau terlena pun bila sakit datang, akan terjaga. Cukup derita sehinggakan tidur pun menjadi phobia. Pak Din memang tak bertenaga. Nak start motor Cupcai buruk Pak Din terasa amat berat.

Yang membuatkan Pak Din jumpa Bomoh tu adalah kerana sakit Pak Din akan hilang sekiranya Pak Din berada di luar rumah. Tapi bila melangkah saja ke dalam rumah sakit Pak Din akan kembali menyerang.

Sebelum ini di kala Pak Din solat, zikir dan merawat sendiri menggunakan Surah Al Fatihah dan Selawat Syifah serta berdoa ada Allah campakkan ilham yang Pak Din terkena sihir. Tetapi Pak Din tidak yakin dan menganggap itu hanyalah fantasi kerana berada di dalam kesakitan. Nampak di dalam bab ini Pak Din kena belajar dengan Wak Albanjari dan Pak Karamu.

Lebih menimbulkan curiga Pak Din bila Orang Rumah Pak Din pun terkena sakit yang sama dianggota serupa Pak Din alami. Seminggu kemudian bala ini kena pula pada anak kedua Pak Din (Adik) pun pada anggota yang sama.

Pada awalnya Pak Din kerang percaya akibat sihir. Tetapi bila teringatkan Rasulallah pun terkena sihir inikan pula Pak Din anak beranak yang darjatnya sejauh langit dan bumi kalau dibandingkan dengan Rasulallah (Kekasih Allah). Jadi Pak Din fikir memang ada logiknya Pak Din anak beranak terkena.

Jadi pada satu petang selepas Solat Jumaat Pak Din dan keluarga dibawa oleh seorang kawan kepada Orang Rumah ke Machang menemui seorang Bomoh. Bomoh ni asalnya seorang Pejuang Islam Selatan Thai. Beliau lari ke Kelantan bila diburu Kerajaan Thai.

Di rumah Bomoh ni kami disuruh makan Sirih untuk kenalpasti penyakit. Sama ada penyakit asal di dalam diri (biologi) atau memang terkena sihir. Bila didapati memang sihir maka kami di tutung (buang penyakit) ikut cara perubatan bomoh itu. Beliau menyedut racun dan sihir dari badan kami dengan menghisap (bukan mengulum) di atas Ibu Kaki.

Selapas itu Pak Din diminta mencari dan ambil 7 biji batu sungai pada tempat air yang deras untuk dibuat pemagar rumah. Bila Pak Din dah dapat dan serahkan batu-batu itu kepada beliau untuk di doakan.

Malamnya pula beliau datang ke rumah Pak Din dan menawarkan segala Racun dan Sihir yang ditabur dan diletakkan di sekeliling rumah terutama di empat Paip Air di luar rumah Pak Din. Bomoh tersebut memberitahu Pak Din yang ditabur itu adalah serbuk/debu Besi Bud (ejaan Pak Din betul ke tidak tak tahulah) dan campur dengan Abu Mayat.

Besi Bud ini adalah mangkok besi tempat mengisi Nasi makanan Tok Sami. Orang menyihir kami ini mendapatkan bahan ini dari sebuah Kuil di kampung yang bernama sejenis binatang di Kelantan. Dan manusia yang menyihir kami pun diberikan wajah dan bentuk badan sekali. Memang Pak Din kenal. Itu mengikut kata Bomohlah. Pak Din tak bubuh dalam kepala pun!

Orang ini pernah menyerang Pak Din pada satu malam. Bila dia serang, Pak Din tak lawan pun. Pak Din tolak dadanya sehingga terdorong ke belakang nak tumbang. Dua kali dia serang Pak Din, Pak Din tolak juga. Niat Pak Din kalau kali ketiga dia serang Pak Din nak bagilah sikit penangan. Tapi selepas dua serangan Pak Din tolak saja dah nak jatuh terlentang, dia tak serang lagi. Cuma mulut saja lebih mengugut.

Kesnya Pak Din tolong adik dia mendapatkan kerja di Pejabat Orang Rumah Pak Din. Tapi rupanya Adik dia ni adalah Penagih Ubat Batuk.

Suatu hari ditangkap 'Red handed' di pejabat dan dihantar ke Pejabat Anti Dadah, diuji dan memang positif lalu dibuang kerja. Tapi dia kata Orang Rumah Pak Din yang tuduh adik dia dan Orang Rumah Pak Din yang buang kerja adiknya. Dia marah lalu serang Pak Din.

Cerita mengubat tadi akan Pak Din sambung di N3 selapas ini. Insya Allah.

3 comments:

  1. Salam Uncle;

    Patutlah beberapa bulan yang lepas jarang update blog, sakit rupanya.

    Itulah jenis melayu hutan, dah masuk abad 21 zaman millenium tapi masih dalam zaman 70an - 80an taksub dengan ilmu hitam.

    Saya doakan agar Uncle sekeluarga beroleh kesembuhan dan sihat seperti sediakala. Moga sihir yang dihantar itu kembali kepada empunya diri. Insyallah....

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,

    Lama Yong tak celoteh kat sini. Yob sabor ye. InsyaAllah Yob akan sihat. Perangei manusia ni memang kita tak duga. Ramei yang busuk hati dan suka menganiaya orang. Ada yang aniaya secara kasar, ade yang halus.

    Yong dulu tak caya jugak. Tapi bila dah terkena sendiri baru caya ropanya ade orang berhati setan.

    Semoga Pak Din dan keluarga sentiasa dilindungi Allah.

    ReplyDelete
  3. Salam untuk pakdin disana... saya panglima muda atau juga disebut pakdin rasa. Pernah mengalami kesakitan 3 bulan seperti yg pernah saya ceritakan diblog saya dahulu. Melawan masalah ini dengan akidah dan ikhtiar yang panjang. Bersabarlah... ada orang berkata luka ditangan nampak berdarah, luka dihati siapalah yang tahu.. wasallam

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa