Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, August 31, 2011

Raya Yang Tidak Lengkap

Tahun ini kali pertama kami hanya merayakan Aidil Fitri hanya bertiga.

Along dan Usop beraya di Johor. Tapi hakikatnya kami terima, Along sudah menjadi Isteri kepada Usop dan wajib ikut suami. Kami tidak ada hak lagi.

Kami bukan sedih tetapi terasa tidak lengkap.


Along beraya di Johor di rumah Usop bersama Ibu Mertua yang memang agak berumur dan kesunyian. Memang hakikat hidup kita tidak sentiasa bersama dan mungkin tidak akan sentiasa terpisah.


Hanya Adik menjadi teman kami bergurau dan bermanja.

Harus juga diterima yang suatu hari nanti Adik juga akan dibawa pergi dan kami akan hanya tinggal berdua sekiranya dipanjangkan umur.




Saya tahu akan ada yang komen dan nasihat tentang rambut (aurat). Bukan niat dan tujuan kami ingin pertontonkan.

Hanya sekadar ingin meluahkan rasa dan keadaan yang kami di hari mulia

Kami akan terima dengan hati yang terbuka dan keinsafan. Sebelum ini saya sudah pun terangkan pendirian dan keadaan tentang itu.

Apa pun alasan, hukum tetap hukum dan kelemahan diri mesti diterima!

7 comments:

  1. Saya tersentuh dengan posting saudara yang mengakui kelemahan anak yang belum diberi hidayah untuk menutup auratnya, Insyallah keikhlasan ayahnya akan menghadirkan saat itu.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Tuan. Selamat Hari Raya Aidil Fitri dari Panglima untuk Tuan Sekeluarga. Semoga Allah Taala menerima Amalan Kita. Taqabbalullah minna waminka.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum ayahnda,selamat hari raya.
    Hajat dihati nak pergi beraya rumah ayahnda dapat kenal lebih dekat lagi tapi jalan jem teruk sangat.

    ReplyDelete
  4. Assalamualiakum Saudara,

    Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.

    Yang penting saya ingin ucapkan Setinggi Tahniah atas perkahwinan Along..Dah bertemu jodoh. Alhamdulillah, Syukur Ya Rabb.

    Tunggu giliran Adik pulak ya...

    Saya tumpang gembira...

    ReplyDelete
  5. Melayu angkat kata ;
    Tunggu giliran Adik pulak ya
    Apa kata melayu Angkat datang meminang hehehe

    ReplyDelete
  6. Jika Anda menerapkan jenis metode untuk meningkatkan lalu lintas pada halaman Web Anda sendiri , saya seperti yang diharapkan Anda akan mendapatkan perbedaan dalam beberapa hari .

    ReplyDelete
  7. Informatif artikel , benar-benar apa yang saya butuhkan .

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa