Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, August 12, 2011

Jet Pejuang Baru

Jenis apa pilihan TUDM.

F-18 Superhornet. atau Eurofighter Typhoon dan Rafale dari Peranchis?

Apa pun yang diharapkan adalah kekebalan pertahan udara kita dan tidak ada ketirisan di dalam urusan pembelian.







1. Nampaknya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah pun mengumumkan lokasi pengkalan baru TenteraUdara Di Raja Malaysia (TUDM) iaitu di Sendayan yang terletak dalam DUN Labu bagi menggantikan Sungai Besi.

2. Blog saya bagaimanapun telah mendahului perkara ini apabila membuat pengumuman sebulan awal.

3. Ternyata setiap jangkaan dan maklumat yang saya sampaikan selama ini tepat walaupun ada satu dua yang tersasar akibat menerima info yang salah.

4. Bagaimanapun sebenarnya lokasi pengkalan baru tersebut bukanlah 100 peratus tepat kerana di Labu, tidak akan dibina sebarang landasan untuk pesawat sebaliknya hanya menempatkan sekolah-sekolah latihan milik TUDM.

5. Selepas disiasat, saya mendapat tahu pengkalan baru tersebut mungkin akan dibina disekitar kawasan Kuala Lumpur International Airport di Sepang.

6. Baru-baru ini, riuhlah dunia pertahanan apabila Panglima TUDM Tan Sri Rodzali Daud membuat pengumuman bahawa pihaknya sudah menyenarai pendek dua buah pesawat baru untuk dimasukkan ke dalam inventori TUDM iaitu Eurofighter Typhoon dan Rafale dari Peranchis.

8. Pembelian pesawat MRCA (pelbagai guna) Typhoon dan Rafale ini adalah bertujuan untuk menggantikan Mig-29 yang bakal dipencen atau disimpan dalam setor menjelang 2015.

9. Maka bersemangatkan dua syarikat terbabit iaitu pengeluar Rafale – Dassault Aviation dan Bae – EurofighterTyphoon apabila panglima TUDM sendiri sudah membuat kenyataan macam itu, masing-masing mencongak keuntungan yang bakal diterima dan para peminat ketenteraan pun semakin teruja apabila buat pertama kalinya, negara akan membeli pesawat pejuang atau MRCA dari benua Eropah.

10. Saya cuma senyum sahaja kerana saya tidak rasa pembelian ini akan berlaku, bukan tradisi Malaysia untuk membeli pesawat pejuang dari Kesatuan Eropah atau Peranchis.

11. Sejak dari tahun 70an, secara tradisi, Malaysia hanya membeli pesawat pejuang dari Amerika Syarikat (AS) dan tiba 90an, Russia diarak masuk melalui Mig-29 dan Sukhoi.

12.Jika Typhoon dipilih sebagai pesawat MRCA yang baru, ini bermakna TUDM akan menggunakan tiga jenis pesawatdari tiga negara berbeza iaitu AS (Hornet, Tiger), Russia (Mig, Sukhoi) dan Eropah (Rafale, Typhoon).

13.Ini merupakan senario mimpi ngeri dalam soal pembekalan alat ganti, pelbagai perbezaan piawaan, manual kerja dan perbezaan peralatan workshop yang terpaksa ditanggung oleh TUDM.

14.Jadi saya memandang pengumuman Panglima Tentera Udara serta yang terkini Menteri Pertahanan Datuk Seri DrAhmad Zahid Hamidi sebagai satu helah PR. Tambahan pula pameran Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition (LIMA 2011) pun sudah dekat.

15.Adanya pengumuman macam itu, kita bakal menyaksikan pihak Peranchis dan Kesatuan Eropah menempah ruang pameran yang lebih banyak dan besar.

16.Saya yakin, masa LIMA nanti, gerenti ada “static display” pesawat Eurofighter dan Rafale.

17.Walaupun nama negara Sweden dimasukkan tetapi saya menolak sama sekali pesawat Grippen akan terpilih, negara kita tidak berminat untuk menggunakan pesawat satu enjin.

18.Sebenarnya kita sudah boleh jangka apa yang TUDM pilih untuk pesawat terbaru MRCA mereka, tidak lain dan tidak bukan ialah F-18 Superhornet.

19.TUDM sudah pun memakai pesawat F-18D Hornet sebanyak lapan buah dan mereka amat berpuashati denganprestasi yang ditunjukkan oleh pesawat-pesawat penyerang maritim ini.

20.Tidak ada sebab TUDM akan beralih kepada pesawat lain.

21.Saya andaikan TUDM akan menggunakan Superhornet apabila media internet melaporkan kerajaan Malaysia telah membeli peralatan sensor dalam bentuk pod sebanyak enam alat AN/ASQ-228 ATFLIR yang termaju di rantau ini untuk dilengkapkan kepada pesawat-pesawat Hornet sedia ada.

22.Peralatan seperti pod ATFLIR ini sangat mahal dan berharga berjuta-juta dollar membolehkan Hornet Malaysia memiliki serangan waktu malam dan cuaca buruk yang terbaik di rantau Asia Tenggara.

23.Kemampuan ini tidak dimiliki oleh negara jiran yang lain kecuali Singapura.

24.Dahulu ada pembaca saya dari Indonesia marah dan memperlekehkan saya apabila saya menyatakan bahawa Sukhoi milik TNI-AU tidak mempunyai kemampuan membuat serangan waktu malam jadi terkeluarlah video-video latihan yang menunjukkan Sukhoi mereka melakukan operasi dalam waktu yang gelap.

25. Yang mereka tidak faham ialah “Serangan Waktu Malam” adalah amat berbeza dengan “Penerbangan Waktu Malam”, sudah tentu sebuah pesawat pejuang boleh terbang pada waktu malam kerana kemampuan yang sama juga dimiliki oleh semua pesawat lain termasuklah sebuah pesawat kecil awam macam Cessna.

26.Berbalik soal TUDM tadi, wujudnya kelengkapan seperti ATFLIR ini membuka peluang kepada TUDM mendapatkan peralatan senjata berteknologi tinggi seperti JDAM, tambahan pula negara sudah pun memiliki satelit sendiri yang dikatakan dilengkapi dengan unsur-unsur ketenteraan (penulis tidak tahu secara terperinci).

27.Malahan ada cakap-cakap kemungkinan, TUDM akan membeli senjata panduan satelit (JDAM) ini tetapi perkara tersebut tidak dapat disahkan.

28.Tidak tahulah jika ia akan dibeli dalam masa setahun dua ini untuk dipasang pada Hornet sedia ada atau TUDM akan menunggu sehingga Superhornet memasuki perkhidmatan tentera udara.

29.Pembelian aksesori seperti ATFLIR dan JDAM ini merupakan satu belanja yang mahal dan nampaknya TUDM tidak teragak-agak untuk meningkatkan keupayaan pesawat Hornet mereka.

30.Dari sini kita lihat bahawa, peralatan yang serba canggih ini dibeli memandangkan sistem yang sama boleh dipasang kepada pesawat Superhornet (jika Malaysia jadi beli) dan tidak mungkin akan diintegrasikan kepada Typhoon atau Rafale.

31.Saya masih teringat pada zaman saya sekolah dahulu, Malaysia dihebohkan bakal membeli pesawat Panavia Tornado sehinggakan skuadron mereka membuat “stop over” ke negara ini, itulah kali pertama pesawat Panavia Tornado datang ke Malaysia tetapi akhirnya kerajaan membeli Mig-29.

32.Bekas juruterbang Harrier semasa Perang Falkland, Kommander Nigel ‘Sharkey’ Ward, dalam komennya mengenai Tyhphoon berkata, : “The Typhoon is an astronomically expensive aircraft that is ill-suited to any role outside UK airspace. It is essentially a very expensive RAF sacred cow.”.

33.Rafale saya tolak ke tepi kerana pesawat buatan Peranchis itu tidak pernah berjaya menembusi pasaran antarabangsa kecuali digunakan oleh tentera negara pembuat pesawat itu sahaja.

Sumber : militaryofmalaysia.net

4 comments:

  1. tipulah kalo takde ketirisan dalam apa2 transaksi projek kerajaan ni....selagi manusia2 yg sama berada di kementerian, selagi tu la perkara yang sama berlaku sepertimana kontroversi projek aset2 baru kapal Patrol Vessel (PV) mahupun Kapal Selam.

    ReplyDelete
  2. ghostdart

    Malang sungguh rakyat malysia yang diurus tadbir manusia pelesit yang selalu dahagakan darah dan keringat rakyat!

    ReplyDelete
  3. Pesawat Rafale dari Prancis bagus

    ReplyDelete
  4. pesawat pejuang Eurofighter dan Rafale bagus jadi pilihan, kunjungan balasan ya ke blog saya www.goocap.com

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa