Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, February 6, 2012

Benarkah Bagai Dikata?

Masyarakat Cina Akan Sokong BN Kerana Mahukan Perubahan, Kata Mustapa

JELI, 5 Feb (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) Kelantan yakin masyarakat Cina di negeri ini akan menyokong BN pada pilihan raya umum akan datang kerana mahukan perubahan yang gagal dilaksanakan PAS walaupun mentadbir selama 22 tahun.

Pengerusinya Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata perakuan itu dinyatakan sendiri pemimpin masyarakat Cina termasuk pemimpin badan bukan kerajaan ketika bertemu dengannya beberapa hari lepas.

"Masyarakat Cina juga telah hadir dengan jumlah yang begitu besar dalam satu majlis baru-baru ini, dan ini antara bukti sokongan mereka terhadap BN semakin meningkat di Kelantan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Maulidul Rasul peringkat Parlimen Jeli di Bukit Nangka, di sini hari ini.

Justeru kata Mustapa, kenyataan pembangkang bahawa kaum Tionghua di Kelantan tidak akan menyokong BN adalah tidak benar.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata sempena sambutan Maulidul Rasul, beliau berharap anggota Umno di Kelantan bersatu padu.

Katanya Umno juga bersedia menerima sesiapa sahaja yang mahu menyertai parti tonggak bangsa Melayu itu asalkan sanggup menerima dasar perjuangan parti tersebut.


-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa