Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, February 1, 2012

Bukankah Ini Menghasut Namanya?

Bila dah kena pecat macam-macamlah
cerita dan tohmahannya.
Selama ini kenapa tak buka mulut?
Hasan Ali dakwa Pakatan ancaman
kepada Islam
Hasan mendakwa, Pakatan antara lainnya akan menyokong Israel dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik.

NONE"Kalau ikut bacaan saya, mengikut apa yang diberitahu kepada saya, kalau mereka berkuasa mereka akan jadikan Malaysia ini menjadi republik," katanya.

Hasan juga mendakwa, Pakatan akan menggugurkan Perkara 153 dalam perlembagaan Malaysia yang melindungi hak keistimewaan orang Melayu.

Bagaimanapun, parti berkenaan masih tidak boleh berbuat demikian, kerana tindakan itu memerlukan kelulusan daripada Majlis Raja-raja.

Oleh sebab itulah, katanya rakyat perlu menyokong gerakan JATI – kuasa ketiga yang memperjuang agenda Islam, Melayu dan Raja-raja dalam pilihan raya akan datang.

Hasan juga cuba meraih simpati dengan dakwaan bahawa beliau dipecat daripada PAS akibat tekanan daripada PKR dan juga dihalang daripada menjalankan hukum Islam ketika berada di dalam Pakatan.

Serang Anwar

Beliau juga giat menyerang ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkannya sebagai "rakyat Malaysia yang tetap akan menjadi perdana menteri walau di dalam penjara."

Katanya, Anwar dalam syarahan di London School of Economics sebelum ini antara lainnya telah menyebut mengenai pluralisme agama – satu fahaman yang disifatkannya sebagai syirik.

NONE"Bahaya orang ini. Kalau jumpa ular, bunuh yang mana dulu saya tak tahulah. Dalam satu cara, lebih bahaya daripada (pengerusi DAP) Karpal Singh," katanya lagi yang disambut ketawa oleh sebahagian daripada kira-kira 1,000 orang yang hadir.

Mengimbau kembali saat apabila Pakatan memenangi Selangor pada 2008, Hasan juga menceritakan bahawa beliau telah diberitahu oleh pemimpin Pakatan Rakyat supaya tidak menguatkuasa menguatkuasa enakmen jenayah Syariah di Selangor.

"Saya nak kuatkuasakan (undang-undang) yang berkaitan zina, rumah urut, arak, apa mereka kata? Bila kita menang kita bersetuju bahawa kita tidak boleh lakukan yang bertentangan dengan hak asasi manusia."

Lebih teruk lagi, kata Hasan, apabila diberitahu bahawa tindakan itu juga menyalahi hak asasi manusia sekiranya dilakukan ke atas orang Islam.

"Siapa yang halang? DAP dan PKR. DAP dan PKR saya faham kerana ia parti yang agak bercampur, yang saya tak faham orang parti saya.

"Siapa penghalang pertama?," soalnya yang disambut dengan laungan "Khalid Samad" oleh beberapa orang hadirin.

NONEKatanya lagi, beliau sedih apabila orang bekas partinya itu sendiri boleh berdiri di belakang DAP – golongan yang menurutnya pernah berkata "kalau nak laksana hudud, undang-undang Islam, langkah mayat saya dulu."

"DAP kecam saya boleh terima, tapi orang pakai kopiah putih kecam saya, saya tak boleh terima," katanya lagi yang mengaitkannya dengan satu kunjungan yang diterimanya daripada seorang wakil PAS pusat.

Katanya, wakil yang tidak dinamakannya itu telah memberitahunya untuk mengurangkan penguatkuasaan dan serbuan oleh Jabatan Agama Islam Selangor yang diketuainya sebelum ini.

"Yang penting kita nak tawan Putrajaya dulu," katanya, mengulangi saranan yang dikemukakan oleh wakil tersebut.

NONEBekas timbalan pegawai daerah itu, yang mendabik dada sebagai pegawai pertama yang membaca khutbah Jumaat dalam sejarah Malaysia, juga berkata beliau tidak boleh menerima saranan tersebut.

"Biar tak sembahyang, zina, minum arak dulu asalkan pergi Putrajaya?," soalnya.

Turut berucap dalam ceramah tersebut ialah bekas ketua penerangan PAS Selangor, Hassan Basri yang turut membidas Anwar berhubung kenyataan yang didakwa mengiktiraf negara Israel.

2 comments:

  1. Ada hikmah dan rahmat mengapa Allah takdirkan Hassan keluar dari PAS.

    ReplyDelete
  2. Ini bukan menghasut pemikiran rakyat mcm yg dilakukan oleh Anwar Ibrahim..
    Tetapi membongkarkan wajah sebenar PR kepada sekalian rakyat yg sgt taksub kpd PR..
    Renung dan fikirkanlah dgn sewajarnya...
    TQVM.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa