Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, February 8, 2012

Siapa Lagi Akan Percayakan RPK Melalut?

Setelah dua tahun berlalu, isu pembunuhan seorang ahli perniagaan bernama Datuk Patrick Wong muncul semula. Dan orang yang menyebut kembali kes pembunuhan itu adalah RAJA PETRA KAMARUDDIN, bekas MUNSYI yang digaji oleh Anwar Ibrahim.


Patrick Wong adalah ahli perniagaan yang mengumpulkan pelbagai bukti untuk menunjukkan berlakunya penyelewengan dalam Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Bagaimanapun, hanya dalam tempoh dua minggu sahaja, Patrick Wong ditemui mati di balkoni rumahnya.

Siasatan polis menunjukkan berlakunya kes jenayah. Bagaimanapun, siasatan sehingga ke hari ini tidak membawa kepada sebarang penangkapan.

Malah isu penyelewengan tersebut hilang begitu sahaja dan tidak lagi diperkatakan. Sebaliknya seluruh kekuatan Pakatan Rakyat telah digunakan untuk mengalihkan isu berkenaan. Pakatan Rakyat berjaya kerana isu-isu yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat, meskipun tidak penting dan remeh, menjadi perhatian.

Bahkan isu seperti BANGLO KHIR TOYO berjaya mengalihkan terus isu pembunuhan ahli perniagaan yang kalau hidupnya, mungkin akan menyebabkan Teresa Kok dan Khalid Ibrahim berada di penjara sekarang ini!

Kalau dahulu RPK mengumandangkan kisah pembunuhan Altantuya Shiiribu yang membuatkan Anwar Ibrahim yang tidak tahu apa-apa pun, berlagak macam dia berada di tempat kejadian, pembunuhan Patrick Wong bagaimanapun, tidak menarik perhatian mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat untuk memperkatakannya.

Dan jangankan kes pembunuhan tersebut, nama Patrick Wong juga seolah-olah satu sumpahan kepada Pakatan Rakyat.

Seharusnya memandangkan tiada mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat Selangor yang berani memperkatakan tentang Patrick Wong dan pembunuhannya yang dikatakan oleh RPK, dilakukan oleh pembunuh upahan, UMNO dan Barisan Nasional yang seharusnya mengambil tanggungjawab itu untuk mendesak pihak polis atau mana-mana pihak yang lain, mempercepatkan siasatan dan melakukan pendakwaan.

Tidak mungkin Patrick Wong yang baru dua minggu berada di Malaysia, dibunuh oleh perompak, sedangkan para pemimpin Pakatan Rakyat tahu, kepulangan Patrick Wong akan menyebabkan mereka hilang kedudukan, kuasa dan kewangan!

Sama ada Khalid Ibrahim, Teresa Kok mahupun Ronnie Liu, pastinya para pemimpin Pakatan Rakyat Selangor sangat tahu, mengapa Patrick Wong dibunuh!!!

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa