Annuar-Musa
Annuar Musa
SHAH ALAM – Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa memohon deklarasi Mahkamah Tinggi mengisytiharkan keputusan Lembaga Tatatertib FAM yang menggantungnya selama lebih dua tahun sebagai tidak sah.

Annuar memfailkan saman pemula terhadap badan induk bola sepak negaraitu pada 5 Jun lalu dengan menamakan FAM sebagai defendan pertama dan Setiausaha Agungnya Datuk Azzuddin Ahmad selaku defendan kedua.

Pengurusan kes ditetapkan pada 19 Jun ini di hadapan PenolongPendaftar Kanan Mahkamah Tinggi, Nurul Ain Hamzah.

Dalam saman itu, Annuar antara lain menuntut deklarasi bahawa pertuduhan-pertuduhan, perbicaraan tata tertib dan hukuman-hukuman yang dikenakan ke atasnya oleh FAM adalah cacat, tidak sah danterbatal.

Beliau turut memohon deklarasi mahkamah bahawa FAM gagal membuktikanpertuduhan-pertuduhan yang dikenakan ke atasnya sehingga diadijatuhkan hukuman gantung dari persatuan.

Dalam saman itu, Annuar turut menyebut bahawa tindakan Azzuddin sebagai Ketua Sekretariat FAM menderaf, menyedia dan meluluskan pertuduhan pertama dan kedua yang dihadapinya sebagai cacat dan tidak sah dari segi undang-undang.

Menurutnya, tindakan Azzuddin yang melarang beliau diwakili mana-mana pihak di dalam perbicaraan terhadapnya oleh persatuan itu, sebagai berniat jahat (mala fide).

Annuar yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) turutmemfailkan perintah injuksi terhadap FAM dan Azzuddin supaya mereka tidak menghalangnya menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden FAMdan daripada membabitkan diri dalam aktiviti bola sepak.

Pada masa sama, plaintif juga memohon kos permohonan dalam saman pemula itu ditanggung defendan dan apa-apa relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Penggantungan Annuar diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib persatuan itu selepas beliau didapati bersalah melanggar Artikel 88 yang mana beliau tidak dibenarkan memberikan kenyataan umum kepada pihak media pada 4 April lalu.

Annuar digantung dua tahun bagi kesalahan mengkritik skuad kebangsaan secara terbuka dan enam bulan lagi kerana melanggar arahan Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada mesyuarat Exco 4Februari lalu.