DAUN pula berhimpun sokong Lynas
Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Pahang Mendukung Agenda Untuk Nasional (DAUN) didakwa berjaya menarik kira-kira 10,000 orang untuk berhimpun di Teluk Cempedak di Kuantan semalam bagi menyokong usaha dan dasar kerajaan berhubung kilang memproses nadir bumi Lynas di Gebeng di Kuantan.
Penyelaras DAUN Wan Emril Nizam Wan Embong berkata antara program yang dilaksanakan dalam perhimpunan itu yang berlangsung dari awal pagi hingga tengah malam tadi adalah menanam pokok yang diberi nama Lynas sebagai gimik sokongan.
Aktiviti lain ialah senaman, persembahan kebudayaan, meditasi alam dan penerangan mengenai operasi kilang Lynas Malaysia Sdn Bhd menerusi skrin besar, katanya kepada pemberita di Kuantan.
"Tujuan utama penganjuran adalah untuk menyampaikan sokongan terhadap pembinaan kilang Lynas yang telah diperjelaskan oleh pakar-pakar berhubung tahap keselamatannya.
"Dan majoriti yang hadir merupakan golongan muda dari serata pelosok tanpa dinaungi atau didalangi oleh mana-mana parti politik," katanya.
Katanya DAUN juga akan ke sekolah, kawasan rukun tetangga dan lain-lain tempat untuk memberi penerangan dan ceramah dan mengedarkan buku penerangan mengenai operasi kilang Lynas. - mk

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa