Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, June 27, 2012

Laporan Mana Yang Betul Ni?

Malaysiakini kata Murad minta maaf kepada Anwar di Munich
Sinar Harian melaporkan PKR mahu Murad minta maaf kepada Anwar - maknanya Murad masih belum jumpa Anwar dan mohon maaf...

Yang mana satu tak faham bahasa atau sengaja memutarbelitkan maksud!

PKR: Murad diugut, mohon maaf pada Anwar

  • Abdul Rahim Sabri
  • 1:41PM Jun 27 2012
PKR mendakwa bahawa bekas Penolong Gabenor Bank Negara Datuk Murad Khalid secara peribadi menemui Datuk Seri Anwar Ibrahim di Munich, Jerman untuk memohon maaf berhubung isu akuan bersumpahnya terhadap ketua umum parti itu.

"Apabila beliau tahu Datuk Seri Anwar Ibrahim ada di Alpha Clinic, pada hujung 2004, beliau terbang dari Kuala Lumpur ke Munich, Jerman untuk memohon maaf bahawa keluarganya diugut untuk menandatangani akuan bersumpah," dakwa Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution.

Dalam akuan bersumpah itu, Murad mendakwa Anwar mempunyai banyak akaun saham dan hartanah sehingga bernilai RM3 bilion.

Bercakap dalam sidang media hari ini, Saifuddin berkata sebenarnya Murad "bukan sasaran" memandangkan perkara tersebut telah lama berlaku.

Sebaliknya, beliau mendakwa Umno lebih berminat kepada skandal dan ancaman terhadap kedudukan parti itu.

"Jangan memandang rendah kedudukan PKR... Kita tidak akan berpeluk tubuh bahawa kita memiliki seluruh dokumen, cukup untuk mendedahkan setakat mana (penglibatan) individu tertentu.

"Kita tampil baru sekelumit," tegasnya yang juga ahli parlimen Machang
.- mk



PKR mahu Murad mohon maaf kepada Anwar
Datuk Abdul Murad Khalid
Datuk Abdul Murad Khalid
PETALING JAYA - PKR mendakwa Datuk Murad Khalid membuat perakuan sumpah palsu terhadap Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya mempunyai akaun bank induk menyimpan saham dan hartanah bernilai sekitar RM3 bilion.
Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli berkata, apabila diteliti dakwaan ke atas Anwar oleh bekas Penolong Gabenor Bank Negara, ia adalah palsu kerana telah menerima ancaman dan ugutan daripada ejen kerajaan.
"Perakuan sumpah yang dibuat adalah tidak benar kerana merujuk kepada perakuan sumpah tersebut ada menyebut beberapa nama lain yang kemudiannya dikaitkan dengan Anwar tanpa menyenaraikan harta atau saham yang dimiliki oleh Anwar.
"Malah, dakwaan tersebut adalah bimbang dirinya diugut ejen kerajaan yang didalangi musuh Anwar, yang memaksa beliau membuat perakuan bersumpah palsu," kata beliau pada sidang media di sini, hari ini.
Menurut Rafizi, dakwaan ke atas Anwar juga adalah merujuk kepada pegangan harta Murad sendiri.
"Di mana pelbagai salah laku dan penyelewengan dilakukan adalah demi mengumpulkan hartanya sendiri akibatnya terjerat dengan permainan musuh utama Anwar yang mengugutnya," katanya.
Beliau berkata, siasatan yang dilakukan pihaknya mengenai latar belakang Murad sebelum ini yang didakwa menerima habuan dalam bentuk bayaran keahlian kelab golf, insurans pelindungannya sejumlah RM 3.1 juta dibayar oleh pihak ketiga selain manfaat dalam bentuk 15 unit kondominium.
Katanya, ini menunjukkan dakwaan Murad sebenarnya mengenai kewujudan master akaun adalah merujuk kepada pegangan beliau sendiri.
Katanya, untuk tidak memanjangkan hal ini, Murad diminta kembali kepangkal jalan dan tampil memohon maaf kepada Anwar juga rakyat supaya menghentikan fitnah selama 13 tahun lalu supaya rakyat boleh menumpukan kepada isu negara.
"Saya minta Murad tampil minta maaf dan membetulkan keadaan dengan berterus terang. Dengan berdiam diri tidak akan menjernihkan keadaan," katanya.
Rafizi berkata, jika Murad masih berdiam diri, pihaknya akan membongkar salinan surat asal Murad kepada Tun Dr Mahathir Mohamad di mana akan membawa implikasi buruk kepada beliau dan pimpinan tertinggi Umno.
Sebelum ini, Murad dikatakan telah mengunjungi Anwar pada 2004, yang menjalankan rawatan tulang belakang di Alpha Klinik, Munich untuk memohon maaf atas pemalsuan perakuan sumpah beliau akibat menerima ugutan sehingga akan mengaibkan maruah keluarganya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa