Macamlah dosa Nizar tu besar sangat, dosa Brahim tu sendiri dengan Sultan Ismail dah terampun ke belum?
Masuk Nerakakah Nizar kalau tak minta ampun?
Ngok punya Perkasam!
Nizar harus segera minta maaf kepada Sultan, rakyat Johor
17 Jun 2012
SHAH ALAM – PribumiPerkasa Malaysia (Perkasa) mahu Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin segera mohon perkenan ampun daripada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan maaf kepada seluruh rakyat negeri itu daripada terus berdalih menuduh pihak media pula denganpelbagai tuduhan.
Setiausaha AgungPerkasa, Syed Hassan Syed Ali berkata, penghinaan yangdilemparkan kepada SultanJohor dengan mengatakanbaginda membazir wang hanya kerana nombor pendaftaran WWW1 amat dikesalkan.
Sebagai anak jati Johor, Syed Hassan meluahkan perasaan marahnya apabila baginda yang berjiwa rakyat itu dihina sebegitu rupa oleh wakil rakyat dari antara negeri yang turut punyai raja.
“Penghinaan terhadap baginda tidak dapat diterima rakyat Johor dengan mengatakan wang pembelian nombor pendaftaran bernilai RM520,000 lebih baik menyediakan berpuluh rumah untuk rakyat miskin. “Kenyataan ini jelas menghina Tuanku seolaholah baginda tidak pernah membantu rakyat, memberikan persepsi buruk terhadap negeri kami padahal Sultan Ibrahim, raja berjiwarakyat,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Jelas beliau, Mohammad Nizar perlu diingatkan bahawa Sultan Johor sebenarnya boleh melobi kepada Perdana Menteri (PM) atau Menteri untuk dapat nombor pendaftaran itu tetapi bagindatidak berbuat demikian.
Menurutnya, Sultan Ibrahim telah mencemar Duli bersama rakyat menawarkan harga seperti kebanyakan orang lakukan semata- mata mahu bertindak secara adil.
“Mohammad Nizar sepatutnya tahu bahawa rakyat biasa yang melakukan pembidaan bukanlah dari kalangan mereka yang berpendapatan rendah sebaliknya memiliki kewangan dan harta yang berjuta. “Tiada persoalan yang timbul sekiranya baginda Sultan mahu bersaing dengan mereka walaupun baginda boleh menggunakan kedudukan tuanku sebagai Sultan,” katanya.
Tambahnya, wang tersebut digunakan untuk kegunaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagipelbagai tujuan dan kebaikan jabatan tersebut bukan pembaziran semata-mata.
Beliau berkata, Mohammad Nizar bernasib baik kerana walaupun Sultan Johor murka, namun baginda tidak mahu ambil tindakan terhadapnya. “Mohammad Nizar sepatutnya bersyukur dengankeadaan ini bukan terus berdalih dengan menyalahkan media terhadap laporan yang dikeluarkan sebelum ini, sebaiknya adakan sidang media khas bagi mohon maaf kepada Sultan dan rakyat Johor,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa