Blog uncleseekers memang top sekarang ni. Sebelum ini saya sendiri pun tidak pedulikan sangat kecuali bila terasa ingin membaca tentang pengalaman seekersnya.
Tapi semenjak saya terbaca tentang cerita bekas Permaisuri Agong dan Ceritera Istana Johore saya memang kerap menjadi penjenguk blognya.
Pada saya tidak kiralah siapa di belakang uncle ni sama ada UMNO atau memang dia kebal saya tidak peduli. Hakikatnya uncle ni hanyalah menjadi penghias kepada yang ada sahaja kerana maklumat tentang apa yang didedahkan tu boleh di dapati dan dibaca di alam maya dengan mudah. Cuma uncle mempermudahkan lagi.
Beruntung juga bagi pembaca blog kerana apa yang ditelanjangkan oleh uncle memang menjadi taboo untuk blogger lain menyelaknya. hatta saya sendri pun merasa gerun untuk mencampakkan diri ke Mahkamah atau di sebalik jeriji besi. Tapi tidak bagi uncleseekers!
Tahniah dan terima kasih.
Kalau YB Nizar hanya mencuit sikit saja sudah nak ranap satu negeri Johore dengan report polis dan siap dengan demo lagi tapi dek kerana uncle bukan orang politik dan tidak mendedahkan diri dengan politik maka perkara yang sepanas itu tidak menjadi wap pun. Mungkin juga uncle sememangnya kebal dan beliau mencabar lagi sekiranya tidak puas hati.
Haaa... uncle memang jantan!
Kerana jantan inilah kalau sebelum ini saya menjadi penjeguk blog bapanya blog Syed Hussin Al Atas tetapi sekarang senarai blog yang saya selalu jenguk adalah blognya uncleseekers juga. Dulu ada juga saya jenguk blog jamil kucing, saja nak tahu cerita di sebalik tenbok batu istana. Tapi tak terdapat banyak maklumat di sana.
Jadi bagi saya dan mungkin juga pembaca blog memang tidak kira siapa di belakang Uncle ni atau kenapa dia tidak dipedulikan oleh orang-orang yang kononnya yang pedulikan Raja, yang penting apa-apa maklumat yang ditulis uncleseekers boleh dicapai di alam blog.
Syabas dan terima kasih sekali lagi....
Saya bukannya mahu menjadi 'batu api' tetapi sebagai rakyat dan pembaca memang sekadar ingin tahu!
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa