Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, June 28, 2012

Jawab Awe, Jawab....

Thursday, June 28, 2012
DAKWAAN SALAHLAKU TERHADAP DATUK DR AWANG ADEK HUSSIN
DAKWAAN SALAHLAKU DATUK DR AWANG ADEK HUSSIN SEMASA MENJAWAT JAWATAN PENOLONG GABENOR BANK NEGARA MALAYSIA

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) menuntut penjelasan daripada Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin berhubung dakwaan wujudnya penyiasatan terhadap salahlaku beliau semasa beliau menjadi Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM).

KEADILAN meragui hubungan Awang Adek dengan seorang ahli perniagaan, Chung Hon Cheong, yang menjadi pemilik serta pengarah kepada syarikat  SunPrestige Sdn Bhd, syarikat Vertex United Sdn Bhd, berikutan beberapa transaksi kewangan yang membabitkan mereka berdua.

Keraguan juga timbul berikutan terdapat fakta yang membuktikan beliau mempunyai hubungan dengantSunPrestige Sdn Bhd, yang memperolehi kontrak mencetak nota RM2.00 sebanyak 100 juta keping dari BNM.

Justeru KEADILAN meminta Awang Adek untuk menjelaskan beberapa keraguan:

1. Mengapakah pada 1999, Awang Adek menjual rumahnya di Damansara  kepada Vertex United Sdn Bhd pada harga RM550,000.00?

2. Mengapakah Chung Hon Cheong menerusi Ultimate Holidays Sdn Bhd membuat pembayaran penerbangan Awang Adek ke Tokyo untuk trip penerbangan 28 Jun 1999 hingga 1 Julai 1999?

3. Benarkah isteri Awang Adek membeli Honda Civic 1.6 menerusi Chung Hon Cheong dan benarkah beliau yang membayar ansuran bulanan sebanyak RM2122.00 sebulan?

4. Benarkan Chung Hon Cheong membuat sumbangan (donation) kepada beberapa buah persatuan yang dinaungi Awang Adek?

5. Siapakah yang membiaya pembelian rumah banglo dua tingkat di Tropicana?

Ada banyak lagi maklumat mengenai pelbagai pembayaran insuran hartanah, pembayaran road tax, pembelian kereta, bayaran pengaturan permainan golf, pembayaran bil telefon yang membabitkan Awang Adek dengan Chung Hon Cheong.

Kes-kes ini seolah-olah menunjukkan, wujudnya hubungan rapat bekas Penolong Gabenor BNM dengan syarikat yang memperolehi kontrak jutaan RM dari BNM.

Apakah hubungan ini boleh dijadikan asas untuk Chung Hon Cheong menggunakan pengaruhnya kepada pengurusan atasan BNM untuk menganugerahkan kontrak kepada beliau?

Sehubungan itu, KEADILAN memberikan tempoh tiga minggu untuk Awang Adek menjelaskan segala dakwaan yang disenaraikan terhadap beliau.

KEADILAN  juga mencabar Awang Adek untuk menafikan beliau mempunyai hubungan erat dengan individu dan syarikat terbabit.

KEADILAN akan mengemukakan langkah susulan dan mengemukakan bukti-bukti tambahan selepas penjelasan Awang Adek dibuat.

Awang Adek tidak seharusnya hanya berani mencabar Kelantan dalam isu Dinar, jawab dahulu cabaran kami!

DATO SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Setiausaha Agung KEADILAN
Ahli Parlimen Machang



2 comments:

  1. BIAR DIA TAU SAPA BENAR SAPA KELENTONG ! BIAR TAIK TADAK DIPUNGKOQ KATA ORANG UTARA ;) ABU PENYELAMAT MALAYSIA !

    ReplyDelete
  2. hahaha syabas PR. biar semua tak senang duduk..

    untuk semua MP BN yg korup, ini adalah masa yg sesuai untuk pindahkan wang atau aset anda (termasuk lembu) ke luar negara, mohon taraf PR atau warganegara negara lain, lakukan sekarang sebelum PR ambilalih.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa