Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, June 24, 2012

Bukankah Pada Asalnya Masjid Berfungsi Untuk Segalanya Kecuali Maksiat?

Khatib Pas doakan kerajaan zalim tumbang dalam khutbah Jumaat.

BUTTERWORTH - Timbul rasa tidak puas hati dikalangan penduduk tempatan di Taman Guar Perahu disini apabila seorang khatib jemputan dikatakan telah menyeru rakyat supaya menggulingkan kerajaan pada pilihanraya umum akan datang.

Ketika berdoa didalam khutbah Jumaat di Masjid Taman Guar Perahu, khatib tersebut yang dikenali sebagai Abdullah Khairi didakwa berdoa supaya pada PRU13 nanti, kerajaan zalim tumbang dan digantikan dengan kerajaan yang lebih baik.

Sumber UtaraNews dikawasan berkenaan memberitahu, Khatib terbabit sebenarnya bukanlah penduduk setempat tetapi beliau dijemput oleh Pengerusi Kariah kawasan berkenaan iaitu Ustaz Abu Bakar Bakilani yang juga merupakan seorang pemimpin PAS dari Parlimen Sik .

Seorang penduduk yang ditemui oleh pihak UtaraNews mendakwa, Masjid Taman Guar Perahu sering dijadikan pentas politik oleh penceramah Pas dari luar kawasan semenjak ia ditadbir oleh pemimpin Pas.

Menurut beliau, ini tak seharusnya berlaku kerana ia terbukti telah menjadikan penduduk dikawasan Taman tersebut berpecah belah akibat dari perbezaan fahaman politik.

"Masjid adalah tempat untuk beribadat, bukannya tempat untuk berceramah politik. Tak cukup ke ceramah-ceramah hampir setiap minggu dikawasan ini hinggakan mimbar masjid pun mahu dipolitikkan..?" ujar beliau. -sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa