Kini Isteri Menteri Pertahanan Pula Mengugut
Ramai ke samseng di bawah tangan dia?
Veteran tentera dakwa terima amaran dari isteri menteri
Persatuan Veteran Tentera Melayu menangguhkan rancangannya untuk berdemonstrasi di hadapan Kementerian Pertahanan pada 29 Jun ini, kata presidennya Mohd Ali Baharom.Menurut Ali, penangguhan itu dilakukan kerana Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi tidak berada di pejabat Kementerian Pertahanan (Mindef) pada tarikh tersebut.
"Kami dapat risikan Datuk Seri Zahid Hamidi tiada di Mindef pada tarikh itu. Dia ingin lari ke kem komando Mersing untuk rehat selama dua hari," katanya.
Pada masa yang sama juga, Ali mendakwa ahli keluarga terdekat Zahid Hamidi juga menghubunginya dan memberikan amaran kepadanya berhubung perhimpunan tersebut.
"Datuk Zahid Hamidi punya isteri cabar saya kumpul (orang) depan Mindef," dakwa Ali.
Beliau mendakwa, ahli keluarga menteri itu berkata "orang-orang" Zahid Hamidi akan bertemunya di depan Mindef jika demonstrasi itu diteruskan.
Ali kemudian menunjukkan satu kiriman sistem pesanan ringkas (SMS) di telefon bimbitnya yang berbunyi: "Perlu diingat Datuk Seri Zahid Hamidi bukan sendirian dan (dia) bermaruah. Saya tak fikir orang-orang akan berdiam diri dan senang-senang nak buat kacau bilau depan Mindef".
Ketika dihubungi, isteri Zahid Hamidi, Datin Seri Hamidah Khamis enggan memberikan sebarang komen berkenaan dakwaan Ali itu.Beliau sebaliknya mencadangkanMalaysiakinimenghubungi Zahid sendiri berhubung perkara tersebut.
Pada masa sama, Ali berkata SMS itu tidak sedikit pun menggentarkan semangat PVTM untuk terus berdemo dan menuntut pembelaan buat veteran tentera.
"Kalau saya tiup wisel, beribu-ribu (ahli PVTM) akan turun ke Mindef. Saya tak ambil 'pot' pun dengan SMS itu," katanya dengan nada tegas dan yakin pada sidang media petang tadi.
Beliau bagaimana pun tetap menggesa Zahid mengambil berat akan kebajikan veteran tentera terutamanya mereka yang bersara tanpa pencen.
Beliau menggariskan 11 tuntutan veteran tentera dan di antaranya adalah pemberian saguhati tahunan kepada mereka yang tidak berpencen.
Ali menggesa Jabatan Hal Ehwal Veteran Tentera (JHEV) supaya mengagihkan dana rayuan Hari Pahlawan kepada presiden-presiden kelab tentera secara adil dalam program khas.
Selepas membacakan tuntutan-tuntutan itu, beliau memberikan Zahid tempoh 136 jam untuk berdialog dengan PVTM.
Jika gagal berbuat demikian, PVTM akan menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memecat Zahid.
"Kita ramai-ramai akan turun Mindef (minta Najib) pecat Zahid Hamidi sebagai Menteri Pertahanan," katanya.

suruh ATM siasat sama siapa yang jual rahsia dokumen keselematan negara..
ReplyDeleteKah kah kah . Bekas Pbt memalukan bekas tentera. Mana pegawai berbintangx dan RSM misai melintang mengajar etiket tentera bila senam bontot, semua menikus. Nak senam bontot depan MINDEF, lpas tu tayang satu dunia. Malaysia Boleh. Bravo Datin, jangan layan orang otak kat bontot ni. Memalukan Melayu
ReplyDeleteKahkahkah, senam bontot dpan MINDEF, lpas tu tayang satu dunia. Mana pegawai tentera berbintangx dan RSM misai melintang yang ajar etiket tentera , diam aje menikus setuju dengan Dato Bontot ni. Bravo Datin psl ade telor ingatkan supaya jangan malukan Melayu dan tentera
ReplyDeleteSaya sokong bekas tentera tak berpencen tu dpt pencen kerana wakil takyat tak buat kerja pun dpt pencen lpas 5 tahun. Bekas polis tak pencen pun dpt RM 3000.00 kerana komplen Mat Sabu. Cubalah PVTM tu tukar taktik lebih macho bukan tarian bontot, renting lebih ramai sokong sampai Mak Datin pun tak berani sounde
ReplyDelete