15 Jun 2012
IPOH – Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tetap akan meneruskan hasratnya untuk menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bagi memohon maaf berhubung kenyataannya mengenai bidaan nombor pendaftaran WWW 1.
Menurutnya, apa sekalipun tanggapan dan pandangan orang ramai terhadap kesediaannya itu, beliau tetap akan meneruskan hasrat untuk memberi penjelasan berhubung perkara itu.
“Insya-Allah, saya akan hantar surat permohonan rasmi menghadap Sultan Johor esok pagi (hari ini) dan saya akan tunggu maklum balas daripada pihak istana berhubung perkara itu,” kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian semalam.
Laporan semalam menyebut, Sultan Ibrahim murka terhadap bekas Menteri Besar Perak itu dan mengingatkan wakil rakyat serta pemimpin masyarakat menjaga adab dan tingkah laku apabila membuat sesuatu kenyataan.
Baginda turut bertitah sekiranya hendak memohon maaf, permohonan maaf itu perlu dibuat kepada semua rakyat Johor, bukan kepada baginda seorang sahaja.
Mengulas peringatan baginda Sultan, Mohamad Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang berkata, sekiranya beliau diberikan ruang untuk membuat penjelasan mengenai kenyataan dalam mesej Twitternya itu, isu permohonan maaf terhadap rakyat Johor mungkin tidak akan timbul.
“Jika ada pihak yang pertikaikan tindakan ini, tidak mengapalah, yang penting saya sangat berbesar hati sekiranya diberikan ruang untuk menerangkan kedudukan sebenar dan ini juga satu proses keadilan untuk semua pihak,” katanya.

Ini bukan kerana tidak ada kerja lain tapi bertindak untuk melepaskan perasaan kecewa kerana tidak diberi peluang untuk mempertahankan diri. Lain yang ditulis lain pula yang diulas oleh pihak media.
ReplyDeleteDitambah pula penghinaan dari pencacai UMNO Baru dan NGO pengampu dengan laporan polis membuatkan suasana berubah dari tidak murka jadi murka.
Sekarang hukuman sudah dijatuhkan, “Jika hendak minta maaf, mintalah maaf kepada semua rakyat Johor, bukan kepada saya seorang sahaja..."
Sebenarnya suasana perlu dijernihkan segera kerana jika dibiarkan jumlah ahli-ahli gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan seluruh rakyat Johor seramai 30,000 yang telah memberikan sokongan dan menyembahkan ikrar taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada sultan tidak akan mampu menjaga kedaulatan raja dan negeri Johor Darul Takzim kerana rakyat yang membenci raja lebih ramai dari suka raja.
Ini kerana kebaikan sepatutnya datang dari raja untuk rakyat bukan dari rakyat untuk raja...