23 Jun 2012
TUMPAT – Cadangan untuk mengadakan pilihan raya umum selepas cukup tempoh mandat lima tahun belum dapat dibawa ke Parlimen memandangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak ada majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, sekiranya cadangan itu ingin dilaksanakan kerajaan perlu meminda Perlembagaan Persekutuan.
“Bagaimanapun, setakat ini belum ada cadangan untuk meminda Perlembagaan, lebih-lebih lagi kerajaan memerlukan dua pertiga untuk memindanya,” katanya sempena majlis perasmian menara loceng di Wat Machimmaram di Kampung Jubakar di sini, hari ini.
Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Kubor, Datuk Noor Zahidi Omar dan Presiden Persatuan Siam Malaysia, Siri Nengbuah.
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kenyataan Nazri mengenai isu tersebut sebelum ini hanya mendapat peribadi.
Bagaimanapun katanya, perkara itu boleh diikuti sekiranya Perlembagaan dipinda.
Nazri berkata, pilihan raya umum selepas cukup tempoh sesuai dilaksanakan kerana ia tidak akan berlaku spekulasi bila pilihan raya akan diadakan.
“Cuma apa yang kita bimbangkan jika usul untuk adakan pilihan raya umum selepas cukup tempoh mandat ini ditolak pembangkang. Bila ditolak orang kampung bukannya tahu, apa yang diketahui mereka usul kerajaan kalah,” katanya.
Bagaimanapun katanya, bukan satu perkara yang luar biasa sekiranya diamalkan pilihan raya bila-bila masa kerana negara jajahan British juga mengamalkannya.
“Hari ini sistem negara kita mengikut Westminster iaitu sistem parlimen kerajaan demokratik model Kerajaan British, iaitu Parlimen United Kingdom,” katanya.

Macam-macam perkara nak diubah demi kepentingan politik....desas desus mengatakan ketua2 sesetengah kementerian dan jabatan mengamuk sakan kerana ramai anggota menyertai dan menghadiri himpunan anjuran pembangkang.Apa tindakan pula selepas ini....antaranya...kursus pementapan aqidah untuk kakitangan....
ReplyDelete