Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, June 29, 2012

PRU13: Hanya Sibodoh Yang Akan Mengutip Bangkai Katak!

Pada saya hanya orang tak cukup otak saja yang akan mengutip bangkai untuk di letakkan di bawah tudung saji!

Sebelum baca article di bawah, cuba layan dulu apa kata tukang-tukang komen terhadap article tersebut.
Dan itulah kata hati mereka...

Azaman Halim 

Saya menyangah Dr Aminudin berkata calon Bebas Semenanjung mempunyai kekuatan tersendiri...Kalau diperhatikan dengan teliti asal mereka2 tu semuanya berparti.. tetapi bila mereka derhaka dan khianat pada ketua dan parti mereka di tendang keluar.
Jadi mengikut lojiknya, mereka itu semasa bertanding dulu dan menang atas sokongan penyokong yg berparti bukan nya penyokong bebas.
Contoh si katak yg paling kuat melompat(Brahim) bertanding atas tiket PAS, jadi siapakah yg memenangkan di Brahim tu, kalau bukannya penyokong PAS??. Bila dah menang dia terlupa asal usul dari mana dia mendapat sokongan.. jalan cerita yg sama juga pada wakil Bebas yg lain..
Kalau mengharapkan sokongan NGO, berapa kerat aje yg bolih di raih?? Contoh Si Zulkifli di Kulim Bandar Baru, cuba kita congak dan buat bancian berapa ramai NGO yg ada kat kawasan itu???
Sampai kehari ini kita tak nampak hala tuju yg diperjuangkan olih calon2 Bebas tersebut..
Si Buraq;
saya nasihatkan kepada semua MP bebas ini janganlah bertanding kecuali datuk Eric dan DR Chua Soon kerana mereka ada parti iaitu SAPP kerana saya sangat yakin kalau mereka bertanding mereka akan hilang wang pertaruhan kerana pengundi dikawasan mereka dah menyampah dengan mereka, pada pru 12 mereka menang kerana sebab PKR DAN PAS bukan atas sebab batang tubuh/diri mereka, tak percaya tunggu dan lihat.

Maizun Ijun · Guru at SMK Che Tom, Sungai Petani

Dipersilakan wahai mp2 bebas untuk bertanding.. kita tengok ada x pemilih nakkan org yg x da matlamat dan arah tujuan ni..saya agak x da pun yg berani jadi calon kecuali kat sabah s'wak..
Noriman Saari 

mereka menang atas tiket parti pembangkang...lepas tu mereka keluar parti dan menjadi bebas....adakah rakyat pilih atas kapasiti batang tubuh atau parti yg di wakili...apa perasaan pengundi kawasan mereka apabila skrg ni mereka menjadi bebas tetapi mesra BN dan menghentam PR segenap sudut sedgkn ketika berceramah pilihanraya dulu, menentang BN..mungkin kita terlupa, 3 wakil rakyat dari perak yg melompat jadi bebas yg mesra BN sehingga tertumbang kerajaan PR di perak..kita tgk, adakah mereka akan menjadi calon dan mendapat sokongan rakyat...
Ady Hussain 
wakil bebas yang keluar dari pr selepas pru 12, boleh bertanding semula nanti. Aku tak sabar nak tengok diaorang hilang wang pertaruhan. Zul nordin boleh menang ka, ibrahim ali dah tentu jadi rakyat biasa je lepas pru13 aku rasa.

Ramai calon Bebas bertanding PRU13
29 Jun 2012
CALON bebas adalah kuasa ketiga selepas Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) yang boleh memecahkan undi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Kuasa dan pengaruh calon bebas ini bukan calang-calang orang kerana kebanyakannya calon dan ahli Parlimen yang lantang dan berpengaruh di kawasan mereka.

Mengikut perhitungan dan kajian, ramai calon Bebas akan bertanding peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun). Ada antaranya yang bertanding atas tiket calon Bebas seperti Ahli Parlimen Pasir Mas iaitu Datuk Ibrahim Ali manakala tidak kurang juga yang dipecat daripada parti seperti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia, Datuk Dr Hassan Ali.

Di belakang mereka ini adalah badan bukan kerajaan (NGO) yang bergerak secara aktif seperti pertubuhan Perkasa dan juga Jati. Di Parlimen kini terdapat beberapa wakil calon Bebas antaranya Datuk Ibrahim Ali (Pasir Mas), Datuk Seri Zahrin Mohamed Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai), Datuk Eric Enchin Majimbun (Sepanggar), Datuk Dr Chua Soon Bui (Tawai), Datuk Zulkifli Nordin (Kulim-Bandar Baru) dan Wee Choo Keong (Wangsa Maju).

Mereka ini mempunyai kekuatan tersendiri dan terbukti lantang di Parlimen dan menjalankan tugas dengan berkesan iaitu menyuarakan hak dan kehendak rakyat di kawasannya.

Kalangan mereka mengambil pendekatan yang popular dari segi mengupas isu yang dibangkitkan di Parlimen dan isu semasa di media massa. Mereka mempunyai pengikut yang setia dan kebanyakannya adalah penyokong atas pagar yang tidak menyertai manamana parti.

Sejak akhir-akhir ini istilah “himpun” sangat popular digunakan semua pihak. Jika dikaji secara makna tersurat “himpun” membawa maksud proses mengumpulkan sesuatu atau orang. Dalam makna tersirat “himpun” boleh diterjemahkan sebagai mengumpulkan orang ramai dengan niat dan tujuan yang tertentu khususnya tujuan politik.

Justeru, melalui perhimpunan iaitu perihal berhimpun beramai-ramai untuk sesuatu tujuan tertentu mestilah dimanfaatkan untuk kebaikan rakyat umum. Sementara itu, tidak kurang juga mereka yang akan bertanding atas tiket Bebas yang tidak mempunyai parti sebagai contoh di Pulau Pinang ada tiga atau empat calon Bebas dikatakan yang akan bertanding.

Di Kedah terdapat dua calon yang akan bertanding atas tiket Bebas. Di Selangor mungkin dua atau tiga calon Bebas yang akan bertanding. Begitu jugalah di beberapa negeri lain seperti di
Perak, Terengganu, Kelantan, Pahang dan Negeri Sembilan di peringkat Dun dan Parlimen.

Beberapa kawasan juga sangat popular ditandingi calon Bebas seperti di Sibu dan Batang Lupar, Sarawak; di Sungai Petani, Kedah; Gombak, Kapar dan Kota Raja. Kawasan tersebut dikatakan mempunyai pengundi atas pagar yang ramai berbanding dengan kawasan lain.

Kecenderungan mereka yang bertanding atas tiket calon Bebas mungkin disebabkan mereka tidak ada parti tetapi mempunyai pengaruh dan sokongan yang kuat di peringkat akar umbi. Mereka ini juga mungkin aktivis NGO yang berpengaruh di peringkat negeri dan kebangsaan yang memperjuangkan pelbagai masalah rakyat.

Bagaimanapun, ketika pilihan raya, kebanyakan pengundi akan memilih parti dan bukannya calon individu. Calon individu yang dipilih mestilah mempunyai sesuatu keistimewaan. Sistem ini mudah difahami kerana perwakilan di Parlimen atau di Dun mencerminkan kehendak rakyat di peringkat bawah.

Wakil rakyat seharusnya menjadi jurucakap rakyat yang diwakilinya di peringkat Dun dan Parlimen. Tetapi jangan dipandang enteng dalam PRU13 sudah pasti akan ramai calon Bebas yang bertanding untuk merebut dan memenangi kawasan “panas” tersebut.


* Penulis pengamal media, PhD Persuratan Melayu, UKM, Bangi.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa