Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, June 30, 2012

Najib Kata Angin Sudah Baik. Tapi Bila Mahu Berlayar?

Tak kisahlah apa pun arahannya
Perkasam dan Jati masih boleh dijadikan 'Alu'?
Anggota BN Diingat Tidak Keluar Kenyataan Sentuh Sensitiviti Kaum - PM
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi peringatan kepada semua anggota Barisan Nasional (BN) supaya tidak menimbulkan sebarang kenyataan menyentuh sensitiviti perkauman.
Beliau yang merupakan Pengerusi BN berkata: “Saya mengingatkan supaya ahli-ahli tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh menyentuh perasaan mana-mana kaum, ataupun yang boleh menimbulkan permasalahan antara parti komponen Barisan Nasional.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi BN di ibu pejabat BN di sini, Jumaat.
Peringatan Najib itu bagaimanapun tidak menjelaskan secara lanjut mengenainya.
Namun baru-baru ini, Ahli Parlimen BN-Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz mengeluarkan kenyataan berkaitan dengan Pengerusi Bersama Bersih, Datuk S. Ambiga sehingga mencetuskan kontroversi.
Najib berkata, perkara yang diperbincangkan dalam mesyuarat adalah mengenai program dan aktiviti yang diusahakan oleh BN di seluruh negara.
“Kesan yang menggalakkan apabila saya dan timbalan perdana menteri membuat lawatan ke negeri-negeri sampailah ke peringkat daerah.
“Nampak sokongan lebih memberangsangkan. Ini menunjukkan tahap keyakinan rakyat terhadap BN adalah lebih baik,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa