Negara-negara Islam perlu mempelajari dari negara Timur sekiranya mahu mengatasi cabaran pemodenan dan globalisasi, kata mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata banyak negara Timur telah menguasai pengetahuan dan kemahiran perindustrian sehingga mereka boleh bersaing dan menjadikan negara mereka kaya dari segi ekonomi dan kuat.
"Kekuatan mereka sebegitu rupa sehingga mampu mengenepikan hegemoni Barat dan mengatasi cabaran pemodenan dan ancaman globalisasi," katanya di majlis makan malam sempena ulang tahun ke-72 Pondok Bantan di Bangkok malam tadi.
Beliau berkata keperluan pertama ialah memiliki dan meningkat pengetahuan dalam bidang sains kerana teknologi moden adalah berdasarkan sains dan matematik.
"Kita juga perlu memiliki kemahiran dalam pentadbiran dan urus tadbir moden selain pengetahuan mengenai ekonomi moden dan pengurusannya," katanya.
Dr Mahathir berkata semua ini memakan masa untuk dicapai tetapi negara seperti Korea telah berupaya mempercepatkan prosesnya.
"Sementara kita perlu bersabar, kita juga perlu mencari bagaimana Korea telah berubah dari sebuah negara mundur kepada gergasi perindustrian," katanya.
Menyentuh mengenai pengalaman Malaysia dalam mengejar wawasan untuk menjadi negara maju menjelang 2020, beliau berkata negara memerlukan kerajaan yang baik dalam mencapai impian itu.
"Dalam sistem demokrasi, apabila sesebuah kerajaan gagal memerintah, ia boleh digulingkan dalam pilihan raya seterusnya. Tidak oleh kebangkitan rakyat. Tidak memerlukan keganasan.
"Kerajan yang baik memerlukan pemimpin yang bagus, terutama yang paling di atas. Beliau perlulah seseorang yang cintakan negara dan rakyat lebih daripada dirinya sendiri. Orang yang sedemikian tidak akan menyalahgunakan kuasanya atau tunduk kepada rasuah," kata beliau.
Dr Mahathir berkata masyarakat Islam perlu terus meningkatkan keupayaan mereka mengatasi cabaran pemodenan dan globalisasi agar tidak lagi ketinggalan seperti yang mereka lalui di abad ke-15.
Beliau berkata perjuangan untuk mengatasi cabaran pemodenan dan globalisasi adalah berterusan.
Tamadun Islam pernah mendominasi dunia, tetapi pada abad ke-15, suasananya berubah apabila orang Islam meninggalkan pemilikan ilmu pengetahuan, selain apa yang mereka fikirkan mempunyai kaitan dengan agama mereka.
Beliau berkata pada masa itu pengetahuan sains termasuk kimia dan matematik dianggap tidak mempunyai kaitan dengan agama dan tidak mendatangkan kebaikan kepada kehidupan di alam akhirat.
Pada masa itu, masyarakat Eropah yang tertarik dengan keagungan tamadun Islam mengambil pengetahun sains dan matematik orang Islam, katanya.
Dr Mahathir berkata mereka mempelajari bahasa Arab untuk berbuat demikian dan ia merupakan cabaran pemodenan waktu itu yang terpaksa mereka lalui dan atasi dan mereka dapat melakukannya.
"Bukan sahaja orang Eropah dapat menakluk semula tanah mereka yang jatuh ke tangan orang Islam, tetapi mereka terus menakluki kebanyakan negara Islam. Menjelang akhir abad ke-19, hampir kebanyakan negara Islam berada di bawah pemerintahan Eropah," katanya.
Beliau berkata jurang tamadun antara Islam dan Eropah terus meluas walaupun selepas orang Islam mendapat semula tanah mereka, mereka sentiasa dikalahkan oleh idea, ideologi dan strategi baru yang dimajukan orang Eropah.
Katanya perubahan yang mereka mulakan dan lakukan menjadi standard kepada seluruh dunia dan perubahan itu mewakili pemodenan yang orang Islam terpaksa menerima atau mereka akan ketinggalan.
"Orang Islam secara literalnya, sukar bernafas kerana perubahan yang datang satu demi satu. Tidak lama selepas negara Islam dapat menyesuaikan diri dengan idea dan teknologi baru, timbul pula idea lain, yang dicetus dan dipaksa kepada dunia oleh orang Eropah," katanya.
Dalam pasaran kewangan, kata Dr Mahathir, negara Islam dapat menolak untuk membuat keuntungan mudah tetapi akan timbul idea baru dari Barat untuk membuat duit secara mudah.
"Cabaran ini perlu dikenal pasti dan dibuat keputusan bila untuk merebut peluang yang dicipta oleh mereka dan bila perlu menolaknya," katanya.
- Bernama

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa