Kenapa pihak pendawa gagal mengenalpasti objek tersebut sama ada memang pistol atau objek lain?
Mohd Azuan turut dituduh di hadapan kedua-dua majistret itu melakukan kesalahan dengan menakutkan secara jenayah ke atas kedua-dua mangsa dengan cara menggunakan senjata menyerupai pistol berwarna hitam di lokasi, masa dan tarikh yang sama yang mana sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Pegawai polis hadapi 6 tuduhan di tiga mahkamah
Seorang anggota polis hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret berbeza, di Seremban atas enam tuduhan memukul, mengugut dan memecah cermin kereta dalam kejadian berasingan pada 17 Julai lalu.
Tertuduh, Insp Mohd Azuan Yasin, 32, membuat pengakuan tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh, Haslina Basarudin dan S.Megaswary.
Di hadapan Mohamad Izwan dan Haslina, Mohd Azuan dituduh dengan sengaja mendatangkan kecederaan masing-masing terhadap Mohamaed Nadzeem Zainal Larifin, 25, dan Koh Wen Gio, 32, dengan menggunakan objek keras berwarna hitam menyerupai senjata pistol kira-kira pukul 2.50 pagi di lobi Hotel S2 di Seremban pada 17 Julai lepas.
Bagi kesalahan ini, dia boleh dihukum mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tiga tahun, denda dan sebatan, mana-mana dua daripada hukuman tersebut.
Mohd Azuan turut dituduh di hadapan kedua-dua majistret itu melakukan kesalahan dengan menakutkan secara jenayah ke atas kedua-dua mangsa dengan cara menggunakan senjata menyerupai pistol berwarna hitam di lokasi, masa dan tarikh yang sama yang mana sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Satu lagi tuduhan di hadapan Mohamad Izwan, tertuduh didakwa memecah cemin pintu hadapan kereta nombor pendaftaran MBB 1531 milik Tan Chee Luan, 25, yang menyebabkan kerugian RM150 dalam satu kejadian kira-kira pukul 5.45 pagi di sebuah kedai kopitiam di Temiang di Seremban pada tarikh yang sama.
Bagi pertuduhan ini, dia didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang membawa hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Di hadapan Majistret S.Megaswary, tertuduh dituduh memecah pintu kereta belakang sebelah kiri, nombor pendaftaran NBV 8822 milik Tan Chee Hold, 32, yang menyebabkan kerugian RM180 dalam kejadian kira-kira pukul 5.45 pagi di kedai kopitiam dekat Temiang di Seremban pada tarikh sama dan didakwa di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.
Tertuduh dibenarkan diikat jamin RM4,500 untuk kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dan kesemua kesnya akan disebut semula pada 13 September depan.
Bagi semua kes, tertuduh diwakli peguam bela Hanif Hassan manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin.
Dalam pada itu, Mohamad Izwan dan Haslina turut mengarahkan agar rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tersebar luas di dalam laman sesawang www.youtube.com bertajuk "Polis Memukul Pekerja Hotel di Seremban" berdurasi selama 3 minit 41 saat dikeluar serta merta dari laman berkenaan dan melarang sebarang penyebaran rakaman itu dalam apa jua bentuk saluran bagi mengelak prejudis kepada tertuduh yang minta dibicara.- mk

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa