31 Julai 2012
DEWAN Pemuda Pas Kelantan menyifatkan bahawa kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussein yang mempersoalkan kerjasama politik di antara Pas dengan DAP sebagai cubaan untuk mengalih perhatian masyarakat daripada isu dakwaan penyalahgunaan kuasa yang menyelubungi dirinya. Ini berikutan segala dakwaan yang dinyatakan oleh Awang Adek tersebut merupakan dakwaan yang rapuh dan tidak sesuai dengan taraf dirinya sebagai seorang Timbalan Menteri di peringkat kerajaan pusat.
Dalam kenyataan yang disiarkan oleh Sinar Harian Isnin 30 Julai itu, Awang Adek mempersoalkan tindakan Pas yang masih bersama dengan DAP sekalipun katanya DAP menentang pelaksanaan Islam termasuk hukum hudud. Dalam hal ini, DEWAN Pemuda Pas Kelantan ingin sekali lagi mempersoalkan di mana pula pendirian Umno di dalam isu hukum hudud ini? Sedarkah Awang Adek bahawa Adun Umno daripada Johor, Datuk Ayub Rahmat daripada Dun Kemelah sendiri yang mencadangkan pelaksanaan hudud di Johor dan cadangan ini disifatkan oleh Presiden MCA sebagai 'hilang akal'? Kenapa Awang Adek tidak mengulas sikap pemimpin utama Umno yang membisu seribu bahasa ketika Adun Umno sendiri dihina sedemikian rupa oleh pemimpin MCA?
Sedarkah Awang Adek bahawa YAB Menteri Besar Kelantan sewaktu diminta respons oleh wartawan terhadap cadangan Adun Kemelah tersebut merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Umno Johor? Begitu juga dengan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat yang memberikan jaminan untuk bekerjasama sekiranya Johor ingin melaksanakan hudud. Semua ini merupakan respons yang cukup positif terhadap cadangan yang dikemukakan oleh Adun Kemelah tersebut.
Namun Awang Adek sendiri sewaktu mengulas ketegasan Menteri Besar Kelantan bahawa Pas akan memperjuangkan hudud telah menyifatkan bahawa cadangan ini sebagai mainan politik semata-mata. Kenyataan Awang Adek ini disiarkan di dalam akhbar Sinar Harian pada hari Jumaat 27 Julai 2012.
Dalam pada Awang Adek mempertikaikan kerjasama Pas dengan DAP yang didakwa menolak hudud, adakah Umno tidak menolak hudud? Dan sekiranya Umno tidak menolak hudud, kenapa pula ia masih gagal dilaksanakan sekalipun sudah separuh abad usia kemerdekaan negara?
Awang Adek sewajarnya menumpukan perhatian kepada isu-isu peribadi yang membaluti dirinya terlebih dahulu sebelum membuka mulut mempertikaikan kerjasama politik Pas dengan DAP. Di mana jawapan Awang Adek dalam isu hubungan beliau dengan ahli perniagaan, Chung Hon Cheong. Awang Adek juga perlu terlebih dahulu menjelaskan menjelaskan dari mana sumber dua cek bernilai RM80,000 yang dimasukkan dalam akaun beliau ketika beliau menjadi Pengerusi Skim Jejakjaya Bumiputra pada tahun 2010.
Justeru, Dewan Pemuda Pas Kelantan menasihatkan Awang Adek agar jangan berlagak dalam isu hudud ini. Jangan menjadi batu api yang menyebabkan salah faham di kalangan non muslim terhadap hukum hudud. Hakikatnya hudud hanya akan dijatuhkan kepada mereka yang melakukan kesalahan. Hanya tangan pencuri sahaja yang akan dipotong dan itupun jika cukup syarat dan kadarnya. Dalam hal ini, ada kemungkinan jumlah RM80,000 contohnya sudah mencukupi untuk dipotong tangan sekiranya disabitkan kesalahan.
Selamat berpuasa
AHMAD FADHLI SHAARI, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa