Bekas Menteri Besar Selangor itu berkata, kuasa Faekah terlalu besar menyebabkan kemarahan orang.
Dr Mohd Khir Toyo mendakwa pemimpin muda PKR, Latheefa Koya meletakkan jawatan sebagai ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kerana bergaduh dengan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin.
“Isu utama ialah Faekah…kerana kuasa Faekah sangat besar menyamai kuasa Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
“Dia (Faekah) bukan sahaja menjadi Setiausaha Politik Khalid tetapi juga mengawal Perbadanan Menteri Besar (MBI).
“Bila wakil rakyat dan orang mengadu kepada Khalid, Khalid akan merujuk kepada Faekah terlebih dahulu.
“Ini yang menyebabkan wakil rakyat marah kepada Khalid,” kata Dr Mohd Khir, bekas Menteri Besar Selangor selama lapan tahun mulai 2000.
Enggan komen
Bagaimanapun, usaha menghubungi Faekah gagal untuk mendapatkan komen.
Sementara itu, bekas orang PKR Selangor berkata, Khalid sedang berusaha untuk menghapuskan idea-idea baru yang dicetuskan pemimpin muda dalam PKR.
Hamidzun Khairuddin yang pernah menjadi Setiausaha PKR negeri, berkata, pemimpin tua seperti Khalid memang tidak mahu menerima idea-idea orang muda.
“Kita tengok satu persatu pemimpin muda Selangor yang bekerja dengan Khalid meletakkan jawatan. Mula-mula Nik Nazmi Ahmad, lepas tu Rafizi Ramli dan kini Latheefa Koya.
“Kepimpinan Khalid sangat tidak kena kerana begitu ramai pemimpin muda yang meletakkan jawatan,” kata beliau.
Dr Mohd Khir dan Hamidzun berkata demikian ketika diminta mengulas peletakan jawatan Latheefa sebagai ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) baru-baru ini.
Bagaimanapun, dalam perkembangan terbaru, Khalid menyerahkan kepada PKR untuk menentukan kedudukan peguam muda PKR itu.
wah! dah lama mat tempe anak si toyol bersuara..kah2 baik tutup mulut kau, lagi banyak kau cakap lagi nampak bodoh lebih dari lembu!
ReplyDelete