Bila dah terjerat, mulalah gelabah biawak nak lepas diri
Nampak bodoh tak apa, asalkan boleh jawab lepas!.
Isu komunis: Ahmad Maslan kait negara Israel, Anwar
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan yang diasak dengan isu hubungan kerajaan dengan komunis China menimbulkan semula isu negara Israel yang seterusnya dikaitkan dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ahmad Maslan dalam laporan Berita Harian berkata, tidak salah bagi kerajaan membuat hubungan diplomatik dengan negara komunis seperti China kerana negara itu bukan seperti negara Israel.
"(Pemimpin komunis seperti di China) kita tidak menjajah negara lain. Mereka tidak memaksa ideologinya diterima negara ini atau meminta rakyat di sini menumbangkan kerajaan yang sah melalui cara tidak berdemokrasi," katanya.
Beliau seterusnya mendakwa Anwar dalam laporan Wall Street Journal telah menyebut untuk melindungi negara Israel.
"China bukan seperti Israel. Kita tidak menyokong Israel tetapi ada pemimpin pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim) menyebut akan melindungi keselamatan negara itu seperti dilaporkan Wall Street Journal sebelum ini," katanya seperti dipetik Berita Harian.
Beliau mengulas tulisan ketua penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum ini yang mendakwa Umno banyak menjalin hubungan dengan parti komunis secara rasmi ataupun tidak rasmi.
Isu berkenaan timbul ekoran dakwaan oleh seorang pegawai Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia, Mohd Sofian Md Makinuddin bahawa pengganas Jemaah Islamiah dan komunis masing-masing telah menyusup ke dalam PAS dan DAP.
Isu berkenaan kemudiannya berlarutan sehingga turut mengaitkan ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang didakwa menubuhkan sekretariat tetap dengan Liga Pemuda Komunis China.
Lim yang menegaskan bahawa parti itu tidak mempunyai hubungan dengan elemen komunis, berkata polis perlu menyiasat Khairy Jamaluddin atas hubungan dengan gerakan komunis tersebut. -mk

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa