Khamis Julai 26, 2012
Janji Pembangkang Boleh Lumpuhkan Sektor Pengangkutan Awam - Khairy
KUALA LUMPUR: Tawaran pembangkang untuk menurunkan harga kereta sekiranya berjaya mentadbir Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti akan melumpuhkan sektor pengangkutan awam negara.
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, langkah berkenaan sekaligus akan membantutkan usaha yang sedang dijalankan kerajaan bagi menaiktaraf sektor pengangkutan awam.
"Kerajaan pada hari ini sedang berusaha meningkatkan kualiti pengangkutan awam melalui proses penambahan kepada Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) serta sistem perkhidmatan komuter dan bas.
"Perkara ini tidak dikaji oleh pembangkang. Mereka hanya beri janji populis untuk kurangkan harga kereta," katanya pada sidang media di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Rabu selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia.
Selain itu Khairy yang juga ahli parlimen Rembau berkata, cadangan itu akan turut mengakibatkan kadar kesesakan lalulintas meningkat secara mendadak apabila rakyat tidak lagi memilih untuk menggunakan pengangkutan awam.
"Saya ingin melihat lebih ramai yang menggunakan pengangkutan awam supaya kita dapat mengurangkan kesesakan di jalan.
"Tetapi mereka (pembangkang) tidak fikir kepada implikasi kesesakan. Ini menunjukkan janji yang dibuat ini adalah secara spontan semata-mata untuk memancing undi dan populis yang saya yakin merupakan janji yang tidak bertanggungjawab," katanya.
Pada Selasa, Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli berkata, pembangkang akan melakukan rombakan terhadap Dasar Automotif Negara dalam usaha untuk menurunkan harga kereta sekiranya berjaya mentadbir Putrajaya selepas PRU-13.
Katanya, menerusi penstrukturan semula dasar itu ia akan mengurangkan beban hutang rakyat sekaligus dapat meningkatkan pendapatan boleh guna isi rumah rakyat.
Umno tahu apa? Dlam kepala otak mereka hanya fikirkan kantung mereka je... Bila pakatan beri cadangan sibuk2 nak jawab...rakyat dah berbulu dan meluat tenguk penyangak2 berlesen ni mentedarah wang negara.... Rakyat taksabar nak singkirkan umno dari kekuasaan....
ReplyDelete