'Fatwa?' yang sentiasa diulang-ulang....
Dah sendat telinga!
Harussani kata Haram jadikan masjid dan surau sebagai gelanggang politik.. ini jawapan Pencacai UMNO buatnya..
Katanya, sebagai umat Islam mereka perlu mengelak daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah agama seperti mengumpat, mengeji, memfitnah sesama seagama apatah lagi bercakap tentang politik disepanjang bulan suci dan barokah ini.
Beliau juga tidak menafikan akan ada pihak-pihak yang tetap meneruskan usaha mengadakan ceramah berbaur politik menerusi tazkirah yang di celahkan di antara Terawih sepanjang bulan Ramadan.
"Ini sebenarnya berlaku kerana kepartian. Sebelum ini tidak pernah berlakupun begini. Tidak semua yang hadir di dalam masjid itu sama politiknya jadi sekiranya ada pihak yang cuba berceramah politik di masjid, saya pasti inaya hanya akan menimbulkan perbalahan dan kebencian,’’ katanya kepada Peraknews di pejabatnya di Ipoh hari ini.
Sehubungan itu Harussani meminta agar tazkirah tidak dibuat ditengah-tengah Terawih sebaliknya dibuat selesai solat tarawih.
"Tazkirah tidak ada dalam bulan Ramadan, kalau dia orang kata wajib, wajib itu bila-bila masa...dan kenapa tidak dibuat pagi, petang selepas asar kenapa mesti dicelahkan di antara tarawih jadi itu menganggu khusyuk apatah lagi apabila kita bercakap tentang politik,’’ katanya.
Harussani seterusnya menasihati umat Islam perbanyakkan amalan di bulan Ramadan ini dengan melaksanaan amal ibadat yang dianjurkan oleh Rasullullah iaitu bertadarus dan melakukan tarawih.
Ini jawapan pencacai UMNO.. sama saja sikap mereka dengan Najib.. meskipun sudah ditegur berulang kali oleh Harussani supaya jangan ke Kuil untuk bersama meraikan Thaipusam.. baca di ( SINI ) sikitpun dia tak peduli..
Banner di atas telah ditemui digantung oleh penyokong UMNO di Masjid Nur Al Islah, Mulong yang terletak di Kota Baharu, Kelantan
Sumber: sungaidurhaka
Aku dah kata dari dulu lagi kalau hang dok diam-diam tok mufti Harus ani ooii arng ramai akan hormat lah dengan keilmuan hang tu , tapi kalau hang nak jadi macam che Det yang dah mula takut dengan berbagai kecaman mutakhir ini elok lah aku do'akan dalam bulan yang mubarak ini agar hati engkau cepat berubah , jadikanlah diri kita dihormat apabila selesai memberi khidmat yang mulia kepada jemaah yang kurang ilmu dalam agama , jadilan diri ini seperti kata pepatah "Harimau mati meninggalkan belang maknusia mati meninggalkan bakti " bukan amalan dan kerja buat yang dibenci dan dicaci .
ReplyDeleteTeguran yg baik eloklah dengar..pejuang Islam perlu tunjuk akhlak yg mulia.
ReplyDeletesalam,
ReplyDeletekalau telus fatwakan pada semua bukan apadaparti pembangkan saje betul x?
KLIK Puasa tak bererti jika makan gaji buta