Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, July 23, 2012

Saya Harap Dia Ini Dari Golongan Manusia!

Harapkan beliau ini dari golongan manusia, bukanya golongan setan macam di Seremban!


Published: Isnin Julai 23, 2012 MYT 12:58:00 PM
Pegawai Kanan Bukit Aman Didakwa Memandu Berbahaya Akibatkan Dua Kematian
SHAH ALAM: Bekas Ketua Pejabat Polis Daerah Kuala Langat, yang kini merupakan pegawai kanan di Bukit Aman didakwa di mahkamah majistret di sini pada Isnin kerana memandu dalam keadaan berbahaya dan menyebabkan kematian dua budak lelaki berusia 15 tahun lebih tiga tahun lalu.
Superitendan Mohamad Radzi Ishak, 54, dituduh menyebabkan kematian Muhammad Luqman Hakim Mohamad dan Muhammad Khairol Khaizuran Mohammed Sani, yang menaiki motosikal bersama-sama, di Jalan Kebun di sini pukul 11.45 petang pada 14 September 2008.
Tertuduh mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret, Zilfinaz Abbas.
Beliau didakwa di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan berhadapan dengan hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda maksimum RM20,000 dan penggantungan lesen memandu. - mStar

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa