Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, July 31, 2012

BN Rampas Kelantan: Realiti Atau Illusi

Nampaknya ribut di Sabah tidaklah menerjah sehingga ke Kelantan. Di Kelantan, Kota Bharu khasnya nampak diam dan sejuk di permukaan. Kedua-dua pihak baik BN atau pun PR khasnya PAS memang sejuk senyek kebelakangan ini.

Di pihak PAS walau pun nampak rileks dan bersahaja tetapi saya percaya dalam diam memang mereka sedang memperkemas atau memang sudah kemas dari segi jentera parti dan lojistiknya bagi meghadapi PRU13. Saya yakin sekiranya Najib istihar esok hari mengundi, memang PAS sudah pun bersedia.

Nampaknya PAS bekerja dalam diam dengan tektik soksek-sokseknya. Walau pun secara besarannya adalah ceramah. Tetapi pada bulan puasa ini pula dengan acara yang sesuai dengan bulan puasa seperti majlis terawih dan majlis ilmu. Gerak kerja PAS memang tersusun tanpa imbuhan fulus dan hamper.

Sekarang ini yang nampak nyata dan timbul di permukaan adalah program 'R' yang di dokong oleh anak-anak muda memperjuangkan royalti minyak untuk rakyat Kelantan. Mereka cuba mengembalikan maruah yang telah dijual dan digadai oleh Awang Adek dan Mustapha Mohammad yang sepatutnya di bahu merekalah letaknya usaha mendapatkan royalti bagi rakyat dan negeri ini. Tapi mereka belot! Mereka mengkhianati rakyat Kelantan

Sebenarnya mereka dan juak-juaknya nak pulun apa yang disebut wang ikhsan mengikut istilah Mahathir. Pak Lah dan Najib hanya mengikut jejak dan denai yang diterokai Mahathir`sahaja!

Majoriti rakyat Kelantan yang faham apa itu royalti berpendapat Kerajaan Najib mesti selesaikan dulu masalah royalti ini barulah boleh bercakap tentang BN menawan Kelantan. Itulah juga yang saya dengar amaran Ku Li kepada kerajaan Najib.

Bagaimana BN ingin merampas Kelantan dengan menagih undi rakyat yang telah mereka hina seperti peminta sedekah dengan wang ikhsan dan anak tirikan? Tambah menyakitkan BN adalah jentera yang tidak tersusun dan banyak perkara yang bercanggah peranan baik di peringkat DUN maupun Parlimen yang menyebabkan berlaku rungutan di kalangan jentera mereka sendiri.

Ketidak puasan hati di antara mereka ini adalah kerana sengaja mewujudkan peranan kerana nakkan upah. Jadi peranan masing-masing sudah tak keruan dan jauh sekali dari tersusun.

Di kalangan penyokong pula satu hal. Masing-masing merungut bantuan tak sampai kepada kumpulan sasar baik dalam bentuk hamper atau pun bantuan kewangan bagi yang memerlukan. Ada yang dapat dan ada pula yang berputih mata walau pun bagi mereka sepatutnya dapat dengan saksama.

Jentera pula bertelagah bila peranan antara satu sama lain bertindih. BN tubuhkan terlalu banyak jentera dengan kerak kerja yang tidak diatur dengan baik. Jentera ditubuhkan di peringkat Perlimen dan DUN yang ada orang yang dilantik seolah jawatan eksekutif dengan elaun bulanan ribuan ringgit.

Ada juga maknisma yang ditubuhkan di peringkat peti undi, Wanita dan Kemas mengambil peranan JKKKP dan ada pula individu yang cuba melebihkan 'sudu dari kuah' merampas peranan Pengerusi JKKKP. Masing-masing cuba menonjolkan dan diri dan dapatkan nama. Ini lah juga yang membuatkan ramai Pengerusi JKKKP naik bengang!

Bagi BN, duit yang merusakkan segala. Inilah jadinya bila diajar dan dibajai dengan duit!

Apa yang saya nampak dan saya dengar, laungan dan war-war pemimpin UMNO Kelantan yang berkhidmat di bawah Najib untuk merampas Kelantan daripada PR/PAS hanyalah illusi yang amat jauh dari realiti.

Satu lagi kekuatan PAS adalah Dato' Menteri Besar Kelantan sekarang. Selagi Dato' Nik Aziz atau TGNA masih menerajui PAS Kelantan, peluang BN adalah suram dan kelam. Aura dan spiritual yang ada pada TGNA tidak ada pada mana-mana pemimpin UMNO Kelantan.

Itulah sebabnya Siraja Katak dan pemimpin-pemimpin UMNO yang cetek akal beria-ia benar cuba meluruhkan TGNA dari kepimpinan PAS. Mereka ingat orang-orang PAS bodoh dengan cuba mengenepikan aset mereka yang berharga. Kecualilah mereka-mereka yang menjadi agen UMNO di dalam PAS!

Satu lagi yang membuatkan rakyat Kelantan meluat ialah mulut besar Maharaja Katak yang tak tahu diam dengan panduan akal yang dangkalnya. Perkasa cuba menyokong dan memberikan tungkat UMNO tetapi hakikatnya merekalah yang menambahkan keparahan UMNO. Merekalah juga membawa rebah kepada UMNO. UMNO harus sedar hakikat ini.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa