Seorang peserta BERSIH 3.0 memberitahu inkuiri Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini bahawa beliau melihat beberapa orang pemuda berpakaian biasa cuba memprovokasi polis upaya bertindak ke atas peserta perhimpunan pada 28 April.
Pemandu pelancong, Karam Singh mendakwa kumpulan pemuda itu memprovokasi polis yang membentuk benteng manusia di sepanjang jalan Tuanku Abdul Rahman di Kuala Lumpur.
Pemuda berkenaan bagaimanapun tidak kelihatan seperti peserta perhimpunan, katanya kepada panel Suhakam yang menyiasat dakwaan pencabulan hak asasi manusia ketika perhimpunan berkenaan.
Karam Singh, 50, berkata pada waktu itu beliau berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Katanya, beliau berasa syak kerana pemuda berkenaan berbeza dengan lautan peserta BERSIH lain.
"Mereka berkomunikasi di antara mereka dengan menggunakan gerakan dan isyarat tangan," dakwanya.

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa