Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, January 11, 2013

MungkinYa, Tapi......

Tapi adakah fikiran pemimpin yang meminpin sudah bebas dari penjajahan?
Apakah sebabnya utama kerajaan diragui rakyat?

Apa yang aku nampak adalah sebab tindak tanduk pemimpin dan perjalanan kerajaan itu sendiri Tindak tanduk dan tingkah laku mereka memang mengundang ketidak percayaan rakyat terhadap kerajaan
Dan individu yang membela kerajaan pula berhujah dengan hujah dangkal dan tidak meyakinkan yang tidak sepadan dengan title yang dipakai di hadapan namanya!
Dalam masa yang sama pemimpin dan kerajaan tidak cermin diri dan gagal berubah

Guna NGO adalah taktik penjajahan bentuk baharu

January 11, 2013
Taktik penjajahan baharu kini dilancarkan bagi memastikan pihak luar itu mampu menguasai seluruh negara di dunia.





KUALA LUMPUR: Para cendekiawan dan penganalisis politik berkata, taktik pihak luar menggunakan badan bukan kerajaan (NGO) tempatan untuk mencampuri urusan negara adalah taktik penjajahan bentuk baharu.
Menurut mereka, NGO berkenaan akan diperguna pihak luar itu untuk mempersoalsegalanya mengenai dasar Malaysia dalam pelbagai bidang yang akhirnya akan menimbulkan keraguan dalam kalangan rakyat.
Bagi penganalisis politik dan hubungan antarabangsa, Prof Datuk Dr Zainal Kling, NGO luar negara atau tempatan yang menerima dana daripada gerakan luar negara mempunyai agenda untuk mengucar-ngacirkan ) negara, melakukan kacau bilau, melahirkan banyak masalah dan mengacau keamanan yang sedia ada.
“Bila ini semua berlaku, rakyat akan ragu kepada kerajaan dan negara jadi tak stabil, seterusnya akan jatuh dan masuk dalam perangkap mereka,” kata pensyarah Jabatan Pengajian Malaysia, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris dan juga penyandang Kursi Tun Abdul Ghafar Baba itu.
Zainal berkata demikian ketika diminta mengulas kebimbangan yang disuarakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai adanya NGO yang menerima dana asing, dipergunakan pihak luar bagi melaksanakan ‘perubahan regim’ terhadap Malaysia untuk seterusnya menguasai negara ini.
`Boneka’
Tun Dr Mahathir dalam tulisannya semalam turut mendakwa pihak luar itu juga menggunakan NGO bagi mewujudkan seorang ‘boneka’ di Putrajaya bagi mentadbir Malaysia menurut acuan mereka.
Zainal berkata taktik meletakkan boneka itu sering digunakan pihak luar terutama di Timur Tengah bagi merealisasikan hasrat mereka menguasai pentadbiran negara di seluruh dunia.
“Ini bagaikan permainan wayang kulit, rakyat terhibur dan khayal menyaksikan persembahan tanpa disedari wayang kulit itu mempunyai tok dalang yang sanggup berhabis jutaan dollar demi memastikan rakyat terhibur dan mengikut telunjuk mereka.
“Bila wayang kulit ini berjaya dipersembahkan, mereka akan meraih pelbagai keuntungan baik dari segi ekonomi atau kuasa secara amnya. Rakyat akhirnya akan dijajah dan mengikut telunjuk mereka tanpa sedar,” katanya.
Zainal berkata kerajaan perlu memantau ketat kegiatan NGO di negara ini bagi memastikan hanya NGO yang benar-benar berniat membantu rakyat dan selaras dengan kepentingan negara dibenarkan beroperasi.
Tujuan tertentu
Dalam artikelnya itu, Tun Dr Mahathir menyebut wujudnya NGO asing dan individu yang berperanan menyalurkan dana asing ini bagi membolehkan rakyat Malaysia sendiri mempersoal amalan demokrasi di negara ini seterusnya menimbulkan ketidakstabilan dalam pentadbiran Malaysia.
Mengulas lanjut, Presiden Pergerakan Keadilan Sejagat (Just) Prof Dr Chandra Muzaffar berkata bila mereka ini salurkan dana kepada NGO, parti politik atau apa-apa gerakan di Malaysia, mereka mempunyai tujuan tertentu untuk mempengaruhi corak politik di negara ini.
Chandra juga bersetuju bahawa taktik penjajahan baharu kini dilancarkan bagi memastikan pihak luar itu mampu menguasai seluruh negara di dunia.
Beliau berkata Malaysia merupakan sebuah negara penting yang perlu dijajah oleh pihak luar kerana amat startegik di rantau Asia terutama di kawasan Asia Tenggara dari segi kuasa, lokasi dan hubungan antarabangsa.
Mengulas pendapat Tun Dr Mahathir bahawa pihak luar itu memerlukan seorang boneka di Putrajaya bagi menguasai Malaysia, beliau berkata pihak itu memerlukan seseorang yang dipercayai 100 peratus bagi melaksanakan taktik mereka.
Chandra berkata kerajaan sejak 55 tahun lepas berjaya membangunkan negara dengan pesat dan membentuk sebuah negara serta masyarakat yang stabil tanpa campurtangan asing, ini membuktikan kenyataan Tun Dr Mahathir bahawa Malaysia tidak memerlukan campurtangan asing bagi mengekalkan kestabilan dan kemakmuran di negara ini.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa