Tapi anggota bawahan pula yang buat hal
Merogol, memeras, menderakan, menanam bukti dan macam-macam perkara yang mencemarkan nama Polis...
Dituduh cedera peniaga, 4 polis diarah bela diri
Empat anggota polis hari ini diperintahkan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya supaya membela diri atas tuduhan mencederakan seorang ahli perniagaan dua tahun lalu.
Keempat mereka - Mohd Azwan Hassan, Norazli Rosle, Ahmad Saifullah Osman dan Alizulhafiz Abdul Ghaffar - menghadapi tuduhan bersama menyebabkan kecederaan terhadap Chia Buang Hing (kiri) di balai polis Kota Damansara antara jam 12.30 tengah malam hingga 3 pagi 19 Disember 2010.
Mohd Azwan dan Norzali juga diperintah membela diri atas tuduhan kedua menyebabkan kecederaan terhadap Chia antara jam 11.30 malam 18 Disember dan 12.30 pagi di Persiaran Tropicana, Kota Damansara.
Majistret Nik Mohd Fadhli Nik Azlan mendapati pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie, walaupun ada bukti kecederaan Chia tidak konsisten, ia telah terbukti bahawa mangsa tidak mungkin mencederakan dirinya sendiri.
Oleh itu, katanya, ia memenuhi elemen menyebabkan kecederaan dan membuktikan ada kes prima facie.
Majistret juga memerintahkan Norzali membela diri atas tuduhan ketiga cuba menanam bukti pada Chia dengan meletakkan parang dan 0.01 gram heroin pada mangsa pada jam 2.01 pagi 19 Disember 2010.
Beliau mengarahkan supaya perbicaraan disambung semula selama tiga hari, mulai 15 Mei.
Sementara itu, majistret membebaskan seorang lagi anggota polis, Mahadi Adam, daripada pertuduhan tidak mengikuti perintah, yang mungkin telah menyebabkan musibah yang menimpa Chia.
Dua daripada tertuduh, Norzali dan Mohd Azwan, kini digantung bertugas.

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa