Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, January 9, 2013

Penjilat: Kami Tak Perlukan Bontot!

Penjilat kata: Kami tidak perlukan bontot untuk dijilat!
Rupanya dia dah sedar yang jilatannya tidak diperlukan oleh sesiapa sekarang
Jadi.... 
Merapulah dengan membawa nasib

Perkasa tidak perlu sokongan menteri

K Pragalath
 | January 9, 2013
Datuk Ibrahim Ali tidak mahu sokongan menteri, terutamanya yang menangguk di air keruh untuk kelangsungan politik diri sendiri.



KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) tidak memerlukan sokongan para menteri untuk memastikan kelangsungan pertubuhan itu.
“Itu hak dia orang. Apa saya peduli? Perkasa bukan ditubuhkan untuk menjaga hati dia. Elok kalau menteri tak sokong. I can survive. Kalau sokong pun apa faedah yang kita dapat?
“Kalau untuk mendapatkan kelebihan politik, lebih baik tak payah,” kata Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dalam satu temuramah eksklusif di pejabatnya pagi tadi.
Beliau yang juga ahli parlimen Pasir Mas berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan segelintir menteri yang lantang megkritik pendirian Perkasa sejak penubuhan pertubuhan tersebut dalam tahun 2008.
Antara menteri tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.
Perkara tersebut ditanya kepada pemimpin berusia 62 tahun ekoran pendirian Perkasa untuk menyokong Barisan Nasional dan bukannya Pakatan Rakyat.
“Kita bukan perkakas BN. Dari segi logik, Umno-BN lebih baik. Perkasa akan terus jadi mata dan telinga rakyat.
“Kita tegur berasaskan isu. Ini bukan bermakna kita memihak kepada mereka,” kata beliau.
Beliau berkata Perkasa menerima sokongan ramai kerana Pemuda Umno sekarang tidak lantang bersuara (dalam isu Melayu dan Bumiputera) seperti ketika zaman 1970an manakala PAS pula tidak dominan di dalam Pakatan Rakyat.
Beliau turut menjelaskan pendirian Perkasa untuk menyokong BN berbanding dengan Pakatan Rakyat adalah kerana parti komponen BN sudah serasi dengan konsep perkongsian kuasa.

`Kucing dengan tikus’
“Dalam BN ada kerjasama dan tiada pertelingkahan. Dalam Pakatan, PAS dan DAP dengan dasar masing-masing macam kucing dengan tikus.
“PKR pula nak jadikan (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) Perdana Menteri sahaja. Kalau tak ada Anwar, parti ini habis,” katanya lagi.
Selain itu dari sudut sokongan beliau berkata BN dan Umno sedia menerima teguran berbanding dengan Pakatan.
“Dalam Pakatan, bila sokong kena sokong 100 peratus dan tak boleh ditegur. Dulu ingat Anwar dekat nabi, rupa-rupanya bukan,” kata beliau yang pernah ditahan bersama Anwar di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri di dalam tahun 1974.
Beliau menambah bahawa bahawa adalah tidak wajar untuk menolak Umno dan BN hanya kerana segelintir pemimpin tertentu terlibat dalam salah laku.
“Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga, itu dulu. Dalam demokrasi mana boleh jamin semuanya baik.
Di samping itu, beliau turut menafikan bahawa Perkasa menerima sokongan rakyat kerana pengaruh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Tun Dr Mahathir menyokong atas dasar perjuangan dan beliau berani,” kata Ibrahim.
Ibrahim turut berkata bahawa Perkasa mungkin akan menyokong Pakatan Rakyat sekiranya ia dipimpin oleh PAS dan bukannya PKR atau DAP.
“Kalau PAS dominan dan pimpin Pakatan dengan dasar yang telah dipersetujui mungkin saya akan bertukar sikap,” kata beliau.

1 comment:

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa