Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, January 9, 2013

Uhhhh.... Rupanya Pisau Tumpuul!

Rupanya pisau yang dianggap tajam rupanya tumpul dan sumbing
Perbuatan baling batu sembunyi tangan adalah daripada manusia bacul dan tadak telor!

Takyah cakaplah tentang dosa pahala
Kaki fitnah dan makan nanah saudaranya sendiri memang tidak kenal dosa dan pahala
Sudah tentu tidak takut dengan balasan Tuhan
Tapi amat takut dan kecut dengan manusia!

DAP tawar RM1,000 kesan pengendali laman pisau.net
SAIFULLAH AHMAD
9 Januari 2013
IPOH -  Kepimpinan DAP menawarkan RM1,000 kepada mana-mana individu yang dapat memberi maklumat untuk mengesan pengendali laman blog pisau.net.

Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming berkata, pihaknya kini sedang menjejaki pengendali blog berkenaan bagi menyerahkan writ saman berhubung artikel yang dikeluarkan laman blog berkenaan.

"Orang yang fitnah berdosa besar. Perbuatan baling batu sembunyi tangan merupakan perbuatan yang keji dan bersifat pengecut.

"Saya di sini memberi masa 24 jam kepada pisau.net untuk tampil. Jangan berselindung di belakang nama samaran yang palsu," katanya melalui satu kenyataan kepada Sinar Harian, hari ini.

Kor Ming berkata, tindakan menyembunyikan diri itu hanya membuktikan semua tuduhan terhadap Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan beliau adalah bohong.

Menurutnya, tindakan saman itu dibuat terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab memfitnah mereka berdua kononnya mendapat tanah di Kelantan sebagai habuan politik
.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa