Sebab UMNO/BN selalu menang PRU walau dikatakan tipu dan penyalahgunaan sumber kerajaan yang ketara
Tipu pun kehendak Allah juga kan?
Masuk Neraka pun di atas taqdir dan kehendak Allah juga!
Amarika dan Rusia pun Allah bersama mereka sebab itu mereka kuat dan menindas golongan Islam.....
Ku Nan: ABU ertinya Allah bersama Umno
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor hari ini cuba memberikan takrif baru kepada slogan Asalkan Bukan Umno (ABU) yang popular digunakan untuk menolak parti itu setiap kali musim pilihan raya.
Katanya, ini kerana, selepas pilihan raya umum, Umno masih diterima apabila orang Melayu sehingga dapat meningkatkan jumlah kerusi Parlimen daripada 79 kepada 88.
"Bila nampak (grafiti) ABU, beritahu yg sebenarnya (bermaksud) Allah Berkati Umno. Apa berlaku di (pilihan raya kecil) Kuala Besut ialah Allah Bersama Umno.
"Percayalah kita berada di landasan betul cuma masalahnya kita cuba bercakaran antara satu sama lain," kata setiausaha agung Umno itu di Masjid As-Shafie di Taman Maluri, Cheras.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
ABU asalnya grafiti popular di sekitar ibu negara sebelum diangkat sebagai pergerakan anti-Umno dan BN oleh sekumpulan aktivis NGO.
Dalam ucapannya juga, Tengku Adnan juga memberitahu, Umno Wilayah Persekutuan akan menyokong Muhyiddin dan Presiden Datuk Seri Najib Razak untuk mengekalkan dua kerusi utama Umno dalam pemilihan akan datang.
Anggota Parlimen Putrajaya itu juga berkata, anggota Umno di Wilayah Persekutuan itu akan mengundi mengekalkan status quo untuk lima jawatan tertinggi.

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa