Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, August 2, 2013

Anak Buat Bengong, Ibu Pun Dapat Susah!

SKMM panggil ibu Alvin
OLEH RITA JONG
AUGUST 02, 2013
LATEST UPDATE: AUGUST 02, 2013 04:57 PM
Ibu kepada blogger seks Alvin Tan (gambar) dipanggil untuk memberi keterangan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) pada Isnin ini jam 10.00 pagi.
Peguam kepada Tan Chong Joo Tian mengesahkan SKMM menghubunginya untuk bercakap dengan ibu kepada Tan.
"SKMM menghubungi pejabat saya dan beritahu mereka mahu ambil kenyataan dari ibu Alvin. Untuk mengelakkan terjadi sesuatu dan menghentikan mereka ke rumah untuk menahannya, saya akan bawa dia ke SKMM pada pagi Isnin," kata Chong kepada The Malaysian Insider.
Menurut Chong, beliau sudah meminta SKMM mengeluarkan surat secara formal. - 2 Ogos, 2013. "Saya tanya mereka mengapa mahu panggil ibu Alvin tetapi mereka tidak menyatakan sebabnya."

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa