Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, August 9, 2013

Anggota Exco Wanita Umno Norliza Ahmad Meninggal Dunia

Published: Jumaat Ogos 9, 2013 MYT 12:26:00 PM
Updated: Jumaat Ogos 9, 2013 MYT 12:43:28 PM


SHAH ALAM: Anggota Exco Wanita Umno Norliza Ahmad meninggal dunia di Hospital Selayang akibat kanser hati kira-kira 10 malam Khamis.
Ketua Umno Bahagian Kapar, Datuk Abdul Rahman Palil mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama, Jumaat.
Beliau berkata jenazah Allahyarhamah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Taman Meru, Klang, Jumaat.
Norliza, 47, yang juga Ketua Wanita Umno Bahagian Kapar kali pertama bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Selat Kelang pada pilihan raya umum ke-11 dan menewaskan Ali Abdullah dari PAS dengan majoriti 6,085 undi.
Beliau bagaimanapun gagal mempertahankan kerusinya apabila tewas kepada Dr Halimah Ali dari PAS pada pilihan raya umum ke-12 dengan majoriti 1,459 undi. - mStar

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa