Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, August 9, 2013

Bila Setan Dijadikan 'Raja'

Yahudi dan Syaitan memang selamanya bersekongkol untuk menjatuhkan Islam
Doakan supaya dia pula terima padah dari rakyatnya sendiri
Menerima nasib yang sama sebagaimana King Faisal
Bezanya King Faisal dibunuh kerana membela palestin dan baitulmakdis serta enggan menjadi hamba Yahudi dan Amerika!

Kegiatan King Abdullah Raja Arab Saudi Sokong Singkirkan Mursi Terbongkar !

Akhbar Amerika "Washington Time" melaporkan kenyataan seorang aktivis Saudi yang lantang memperjuangkan basmi penyelewengan,

Mujtaheed bin Harith bin Humam mendakwa Raja Saudi, Raja Abdullah bin Abdul Aziz memberikan rasuah berjumlah USD 1 billion kepada Menteri Pertahanan Mesir, Abdul Fatah As-Sisi bagi menjayakan misi operasi menyingkirkan Presiden Mesir yang sah, Muhammad Mursi.

Ini bermakna Raja Abdullah adalah antara manusia yang bertanggungjawab terhadap rampasan kuasa Mesir.

Semalam, kenyataan dari beberapa tokoh agama dan pendakwah Arab Saudi menyebut bahawa pengambil alihan kuasa dari Presiden Mesir Muhammad Mursi adalah "sepenuhnya rampasan kuasa dari semua aspek", "diharamkan oleh Islam serta merupakan satu tindakan jenayah".


Mereka menyatakan bahawa rampasan ini berlaku akibat pertembungan antara pihak serantau dan antarabangsa dan tindakan ini telah pun dirancang secara rapi sejak awal Presiden Mursi dilantik.

Penyata ini telah ditandatangani oleh 56 Ulama dan Peguam Saudi, termasuklah Mohammed bin Suleiman Al Barrak, Abdul Aziz bin Abdul Mohsin Al Turki, Hassan bin Saleh Hamid Abdul Aziz Mohammed Al Fawzan dan ramai lagi.

Kenyataan tokoh agama dan pendakwah Arab Saudi itu pasti mengundang amarah raja berkenaan yang secara terang-terang menyokong rampasan kuasa di Mesir apabila menjadi antara makhluk terawal mengucapkan tahniah kepada Al Sisi atas kejayaan rampasan kuasa tersebut. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa