Mak Jah Beri Rantai Untuk Bantu Maimon Mutalib
Oleh KEMALIA OTHMAN
PETALING JAYA: Pelakon Maimun Mutalib, 54, mengakui sejak mengidap penyakit kanser payudara ini, dia lebih mengenali nilai persahabatan seseorang yang benar-benar ikhlas atau hanya dikala senang sahaja.
Maimon, 54, berkata, dia bersyukur dalam keadaan kurang upaya itu, ada lagi kawan-kawannya yang sentiasa berada disisinya dan sedia memberi pertolongan.
"Benar kata orang kalau ingin tahu siapa kawan ikhlas atau tidak ialah disaat kita berada dalam kesusahan.
"Saya nampak semua itu, ketika ini saya dapat lihat siapa yang ikhlas menjadi kawan kita dan siapa yang hanya berkawan ketika waktu sennag sahaja," katanya ketika ditemuimStar Online.
Mak Jah
Kata Maimon, sepanjang menjalani kehidupannya kini beberapa rakan pelakon dan pengarah sentiasa memberi pertolongan kepadanya.
"Saya sangat terharu bila ada rakan-rakan yang mengambil berat tentang saya, macam Mak Jah antara kawan yang sangat baik, dia sentiasa tanya khabar dan saya ada duit atau tidak.
"Sampai ada suatu hari saya mengadu masalah kepadanya dan dia beri saya seutas rantai emas untuk saya gadaikan dan gunakan duit tersebut, padahal saya tahu dia pun bukan orang senang," katanya.
Dalam pada itu beberapa kawan baik dikalangan pengarah seperti Murali, Rashid Sibir dan Md Fadzil Teh juga sering tampil memberi bantuan.
"Kawan-kawan pengarah seperti Murali Abdullah, Rashid Sibir dan Haji Zeel juga banyak beri bantuan.
"Mereka masih panggil saya berlakon walaupun sebenarnya tidak banyak pun babak saya, tapi saya tahu mereka sebenarnya nak bantu saya sahaja," katanya.
Ketika ditanya mengapa wanita ini merahsiakan penyakitnya, Maimon berkata, bukan niat sengaja untuk merahsiakan penyakit tersebut tetapi tidak mahu dirinya dilayan seperti seorang pesakit.
"Saya tahu sudah lama dan cuba pelbagai kaedah rawatan secara tradisional terlebih dahulu namun tidak berjaya sehingga penyakit ini menjadi semakin kronik barulah saya ambil keputusan untuk beritahu anak-anak dan rakan-rakan.
"Saya banyak tanggungan, anak-anak saya ada yang masih belajar, ada juga yang sakit, saya adalah sumber rezeki keluarga, selagi saya boleh berlakon saya mahu terus berlakon," katanya.
Maimon yang juga ibu tunggal ini mempunyai lima cahaya mata iaitu Kamarul Syahid Keristifa, 34, Surayatul Nadia Keristifa, 32, Surayatul Natasya Keristifa, 25, serta sepasang kembar Abdul Rahman Haji Keristifa dan Abdul Rahman Haj Keristifa, 16.
Bercerita tentang Hari Raya, Maimon berkata, dalam keadaan dirinya yang sedang sakit, dia menyambut Syawal ini secara bersederhana bersama anak-anaknya di Kuala Lumpur
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa