Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, August 2, 2013

Bukan Hanya 'Boleh' Tapi Sebenarnya Itulah Senjata Mereka!

Itulah sebabnya sesetengah daripada mereka cuba mempertahankan EO dan ISA bermati-matian walau pun kelihatan bodoh dan huduh!
K’jaan boleh salah guna EO, ISA
FMT Staff | August 2, 2013
Malaysia tidak memerlukan undang-undang ‘penahanan untuk pencegahan’ seperti ini, kata Nik Nazmi.
PETALING JAYA: PKR memandang berat tuntutan sesetengah pihak yang ingin mengembalikan hak kerajaan untuk menahan suspek di bawah Ordinan Darurat (EO) dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Pengarah Komunikasi parti Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Malaysia tidak memerlukan undang-undang ‘penahanan untuk pencegahan’ seperti ini, yang boleh disalahgunakan oleh kerajaan.
Malaysia katanya, tidak lagi memerlukan undang-undang yang menzalimi dan memecah belahkan masyarakat. Undang-undang sedemikian pernah dan boleh disalahgunakan oleh kerajaan untuk tujuan politik.
“Lebih-lebih lagi pada masa kini, di mana kepercayaan rakyat kepada institusi-institusi awam adalah amat rendah, dan pendapat awam adalah sangat berbelah-bahagi.
“Pihak yang ingin mengembalikan undang-undang ini telah mendapat sokongan daripada sesetengah individu penting didalam kerajaan, kata beliau yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor dalam satu kenyataan media hari ini.
Kata Nik Nazmi, mereka berpendapat, rang undang-undang ini diperlukan untuk menangani kadar jenayah yang kian menular.
Mereka juga katanya, berhujah bahawa, sebahagian besar aktiviti jenayah yang melibatkan keganasan telah dilakukan oleh tahanan yang dibebaskan selepas pemansuhan EO.
Ujar beliau, “kami mempertikaikan pandangan tersebut kerana tiada bukti kukuh yang mengaitkan pemansuhan EO dan ISA kepada kadar jenayah ganas yang kini semakin menular.
“Tanpa bukti kukuh, hujahan pihak-pihak yang ingin memperkenalkan balik EO dan ISA, adalah hanya pandangan mereka semata-mata,” jelasnya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa