Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, August 1, 2013

Hussain Ahmad Najadi Mati Kerana Melindungi Tokong?

Bagi aku ianya agak pelik
Melindungi Tokong bukan Masjid?

Pembunuhan Hussain Ahmad Najadi Dirancang - Anak
Published: Khamis Ogos 1, 2013 MYT 8:19:00 PM

KUALA LUMPUR: Pembunuhan pengasas Kumpulan Perbankan Arab Malaysia, Hussain Ahmad Najadi bukan disebabkan kegagalan urusan hartanah, tetapi telah dirancang lebih awal, demikian dakwa anaknya.
Pascal Najadi menafikan sebarang penglibatan bapanya dalam urusan hartanahsebelum kematiannya setelah jawatankuasa Tokong Kuan Yin memberitahunya bahawabapanya merupakan perunding antara dua pihak di hari beliau ditembak.
Beliau berkata, bapanya menjadi orang tengah untuk tokong berkenaan dan sekumpulan orang yang beliau katakan 'seseorang' yang meminta wang dari dana amanah tokong itu.
"Bapa saya merupakan perunding antara dua pihak. Tidak ada perjanjian hartanah yang gagal dalam pembunuhan bapa saya kerana syarikat kami tidak terlibat dalam urusan itu," katanya kepada Bernama melalui telefon dari Moscow, Rusia.
Isnin lalu, Hussain Ahmad, 75, terbunuh sementara isterinya Chong Mei Kuen, 49, cedera parah akibat ditembak dari jarak dekat di kawasan parkir selepas meninggalkan tokong tersebut yang terletak di Lorong Ceylon di sini.
Pada Rabu, polis mengeluarkan gambar yang disyaki sebagai suspek yang dikenali sebagai Sci Ngan Zai atau Ah Chian dan menahan seorang pemandu teksi berumur 44tahun yang membawa suspek meninggalkan tempat kejadian.
Pascal, 45, yang memegang kerakyatan Swiss dan British berkata semasa rundingan pada Isnin itu, bapa beliau bertegas tidak membenarkan sebarang pihak mengambil dana amanah tokong itu kerana ia merupakan wang tokong berkenaan.
Jurubank itu berkata, jawatankuasa tokong telah memberitahunya bahawa suspek yang menembak bapanya sedang menunggu bapanya sebelum perjumpaan berlangsung.
Bapanya berminat untuk melindungi tokong itu sejak 2008 sementara Chong merupakan salah seorang anggota jawatankuasa itu.
Bimbang bahawa polis belum lagi menahan pembunuh bapanya, Pascal berkata: "Saya tidak akan datang ke Malaysia sehingga suspek yang membunuh bapa saya ditangkap." - mStar

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa