Jenayah meningkat terutama jenayah dengan menggunakan senjata api
Kejadian tembak mati seolah berlaku setiap hari dan pastinya rakyat hidup di dalam kebimbangan serta curiga setiap masa
Fenomena ini seolah-olah menggerakkan usaha menghidupkan semula ISA dan EO demi keselamatan dan memudahkan pihak keselamatan bertindak
Kalau dikatakan konspirasi atau jenayah terancang amatlah tidak logik dan di luar kewarasan kerana semuanya melibatkan nyawa dan keselamatan awam
Tetapi persoalannya tetap ada....
Pada aku ISA atau EO bukan menjadi masalah sekiranya dilaksanakan dengan betul - tidak disalah gunakan dan tidak menzalimi sesiapa demi kepentingan sesuatu pihak
Cadangan perkenal semula ISA perlu dibincang - Bernama
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyambut baik cadangan supaya diperkenal semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dimansuh tetapi ia perlukan kajian mendalam dan mendapatkan pandangan semua pihak.
Beliau berkata, kadar jenayah yang meningkat memang ada kaitan dengan pemansuhan Ordinan Darurat (EO) dan ISA serta kerajaan perlu mewujudkan langkah terbaik bagi menanganinya.
Katanya, cadangan memperkenal ISA harus dikaji dan dibincang semua pihak kerana jika keselamatan negara terjejas, ia bakal memberi kesan negatif kepada keyakinan rakyat dan sektor pelancongan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini mendakwa peratusan besar jenayah sejak kebelakangan ini melibatkan bekas tahanan EO yang dibebaskan. - Bernama, 31 Julai, 2013Naib Presiden Umno yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara kementerian dan Syamille Agro Farm Sdn Bhd bagi projek ternakan lebah kelulut, hari ini.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa