Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, August 7, 2013

Ooo...Gitu Rupanya. Patut Pun....!

Dahlah Kelingking berkait, telunjuk pula menjolok mata?

Ketika Utusan Malaysia tidak terlalu berkuasa…
AUGUST 07, 2013
Dalam buku yang menceritakan tahun-tahunnya ketika memegang kuasa, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi (gambar) membuat pendedahan yang mengejutkan mengenai bagaimana beliau berurusan dengan Utusan Malaysia, jelas berbeza dengan bagaimana akhbar lantang itu diuruskan oleh Umno sekarang.
Abdullah terkenal sebagai seorang yang liberal terhadap media berita dalam usahanya untuk mengembalikan kredibiliti media selepas rosak teruk ketika media arus perdana berada di bawah pemerintahan Mahathir, tetapi Abdullah menetapkan ketegasan apabila berkaitan isu perkauman dan agama.
Merujuk kepada pekerja medianya, beliau berkata:”Saya tidak masuk campur kerja mereka kerana saya percaya mereka mempunyai kerja profesional untuk dibuat dan saya memberi ruang kepada mereka. Tetapi, apabila mereka menyalahgunakan keterbukaan itu dengan memainkan isu perkauman dan agama, seperti yang dilakukan Utusan Malaysia, maka saya akan panggil mereka dan beri amaran.”
Bagaimanapun, pengarang itu tidak dikenakan sebarang tindakan. Tetapi, Abdullah berkata, panggilan telefon itu berjaya menakutkan orang media dan selepas itu, tidak ada lagi artikel yang menyinggung perkauman dan agama daripada akhbar milik Umno itu.Beliau mendedahkan bahawa beliau pernah menelefon ketua pengarang Utusan Malaysia dan memberi amaran keras: akhbar itu melampaui batas dengan sidang redaksi yang berunsur perkauman dan Putrajaya tidak akan memberikan keistimewaan kepadanya jika didakwa kerana menghasut.
Kawalan seumpama itu tidak lagi wujud bagi akhbar itu dan ia tewas dalam banyak kes saman fitnah yang difailkan ahli pembangkang dan diberi peringatan dalam mahkamah kerana tidak mengikut standard kewartawanan.
Ketika menjawab soalan pengarang buku berkenaan mengenai sebanyak mana kawalan yang Umno ada atas Utusan Malaysia sekarang, bekas pemipin itu berkata:”Sekarang, saya rasa tidak ada kawalan lagi.”
Ahli akademik Malaysia, Profesor James Chin – yang menyunting buku itu bersama Dr Bridget Welsh – susulan semula, menyatakan bahawa ketika ini kelihatan seperti apabila presiden Umno bercakap mengenai sesuatu dan keesokan harinya, Utusan akan menerbitkan sesuatu yang berbeza.
Abdullah berkata:”Sebab itu saya katakan sudah tidak ada kawalan lagi.”
Ketika menjadi PM, beliau memberi media lebih banyak ruang, menyatakan beliau melantik Datuk Seri Kalimullah Hassan sebagai ketua pengarang New Straits Times. Dengan adanya Kalimullah, akhbar itu agak kritikal terhadap Umno, malah sesekali mengkritik kepimpinan Abdullah.
“Beberapa ahli Majlis Tertinggi tidak begitu menggemarinya dan mahu saya menukarnya dengan orang lain. Tetapi, pada zamannya, semua akhbar dalam kumpulan penerbitannya mempunyai keuntungan dan jualan meningkat. Mereka ada kredibiliti,” katanya dan turut menyatakan jualan akhbar dalam kumpulan NST kini jelas merudum.
Begitu juga situasinya di TV3, apabila jumlah penonton bagi program berita perdana bertambah di bawah pengurusan Datuk Kamarulzaman Zainal, bekas setiausaha akhbar Abdullah.
Tetapi, beliau menyatakan ramai ahli Umno tidak begitu gembira dengan era keterbukaan itu dan meletakkan kesalahan keputusan teruk Barisan Nasional dalam pilihan raya tahun 2008 ke atas keputusan Abdullah untuk membenarkan lebih perbincangan terbuka mengenai pelbagai isu.
“Keterbukaan itu bukan kebetulan. Saya mahukannya begitu. Malangnya, pengkritik saya – terutama mereka yang suka dengan cara lama dan enggan terima perubahan – menterjemahkannya sebagai tanda kelemahan,” katanya dalam buku bertajuk, Awakening: The Abdullah Badawi Years in Malaysia. – 7 Ogos, 2013. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa