Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, August 7, 2013

Penampar Ke Muka Perkasa, Tapi Tersinggah Juga Ke Muka Lain......

Perkasa bukan model perjuangan Melayu, kata Pak Lah
AUGUST 07, 2013
Tidak salah memperjuangkan satu-satu kaum dan komuniti namun ia tidak seharusnya dilakukan dengan cara yang tidak sepatutnya seperti dilakukan Perkasa, kata bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi (gambar) dalam bukunya.
Melalui bukunya berjudul Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia, Pak Lah berkata menjadi kesalahan memperjuangkan satu-satu kaum dengan menolak kaum lain.
Kumpulan yang diketuai Datuk Ibrahim Ali dan Datuk Zulkifli Noordin mendesak agenda kanan, terutama konsep Ketuanan Melayu, dan mengambil pendekatan keras terhadap mereka yang dilihat sebagai musuh Melayu dan Islam.
Menyentuh konsep Ketuanan Melayu, Abdullah berkata ia tidak seharusnya bermaksud sebagai kuasa mutlak Melayu.Menjelang pilihan raya, Perkasa mencetuskan kontroversi apabila  mengugut untuk membakar Al-Kitab, Bible berbahasa Melayu, dan juga video menunjukkan Zulkifli mengkritik agama Hindu.
"Apa maksud tuan? Bagaimana kamu menjadi tuan? Dengan melakukan apa yang kamu buat - sama ada dalam pembelajaran, profesion, perniagaan.
"Hanya kerana kamu Bumiputera, kamu tidak boleh jangka semuanya diserahkan kepada kamu dan panggil kamu sebagai tuan. Ketuanan bukanlah satu hak. Ia perkara yang kamu perlu kerjakan," kata Pak Lah dalam bukunya.
Beliau mengakui adanya kebimbangan sesetengah orang Melayu terhadap perjuangan bangsa mereka kerana banyak lagi yang ketinggalan.
"Bagaimanapun, kebimbangan itu boleh disalurkan melalui kaedah yang betul, dan bukan melalui cara yang kasar seperti mana tindakan Perkasa,"kata Abdullah.
"Saya yakin kita perlu ada sebab dan rasionalnya bila kita berbicara mengenai seseorang," kata Abdullah, yang dipaksa meletak jawatan sebagai perdana menteri pada 2009 selepas Barisan Nasional (BN) yang diketuainya memperolehi keputusan yang teruk dalam pilihan raya.
BN buat pertama kali gagal mendapat keputusan dua pertiga dalam pilihan raya itu.
Perkasa sentiasa mendapat pembelaan dari bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang sebelum ini mendesak Pak Lah  berundur.
Ekoran itu ramai  pemimpin Umno enggan menyuarakan kritikan terhadap kumpulan berkenaan secara terbuka, khuatir kesan akibat lidah Ibrahim dan akhbar Umno, Utusan Malaysia, satu lagi suara yang memperjuangkan agenda kanan. - 7 Ogos 2013 - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa