Anwar takyahlah nak melenting, memang Mahkamah Pilihanraya begitu
Dari dulu berapa peratuskah kes yang Makamah batalkan keputusan pilihanraya?
Itu sebabnya Pegerusi dan Timbalan Pengerusi SPR begitu yakin dan seolah memperlekehkan petisyen yang pembangkang bawa ke Mahkamah!
Mahkamah tolak dua petisyen BN, satu petisyen PAS
dikemaskini Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak dua petisyen BN bagi membatalkan keputusan pilihan raya bagi Parlimen Lembah Pantai yang dimenangi PKR dan DUN Penggaram, Johor yang dimenangi DAP.
Manakala mahkamah pilihan raya di Ipoh menolak petisyen yang difailkan bekas calon PAS untuk membatalkan keputusan pilihan raya umum ke-13 bagi kerusi DUN Rungkup dengan kos dan mengekalkan kemenangan BN.
Di Kuala Lumpur, Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak petisyen yang difailkan Ketua Pemuda Umno Lembah Pantai Mohamad Sazali Kamilan terhadap penyandang anggota Parlimen Nurul Izzah Anwar.
Hakim pilihan raya Zabariah Mohd Yusof membenarkan kebanyakan bantahan awal yang dibuat oleh peguam Nurul Izzah, Edmund Bon.
Sazali diperintah membayar kos RM40,000.
Justeru, Nurul Izzah kekal di kerusi itu setelah pertembungan sengit dengan bekas menteri Wilayah Persekutuan dengan Datuk Seri Raja Nong Chik Zainal Abidin dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu.
Nurul Izzah mendapat 31,008 undi manakala Raja Nong Chik pula 29,161, menjadikannya majoriti 1,857 undi.
Sementara itu, Mahkamah Pilihan Raya di Shah Alam hari ini menolak petisyen BN untuk membatalkan keputusan pilihan raya bagi DUN Penggaram, Johor.
Hakim Datuk Suraya Othman membuat keputusan itu selepas beliau membenarkan bantahan awal oleh calon DAP, Gan Peck Cheng.
Dalam pilihan raya umum lepas, Gan memenangi kerusi DUN Penggaram mengalahkan calon BN, King Ban Siang dengan majoriti 10,051 undi.
Suraya yang menolak petisyen itu dengan kos RM20,000, dalam penghakimannya berkata petisyen itu wajar ditolak kerana terdapat kecacatan dalam butiran dan maklumat yang diberikan pempetisyen iaitu King.
liau turut menolak dakwaan bahawa tindakan Gan mengadakan jamuan makan kepada pengundi di Taman Sri Penggaram, Batu Pahat, Johor, pada 18 Mei lepas adalah rasuah.
"Mahkamah menolak isu itu kerana ia tiada kaitan dengan undang-undang dan petisyen pemohon juga gagal memberikan butiran lengkap berhubung adanya rasuah dalam jamuan berkenaan," katanya.
King selaku pempetisyen diwakili peguam Izzat Muhtar memfailkan permohonan petisyen pada 10 Jun lepas terhadap Gan, yang diwakili peguam Gobind Singh dan Thomas Philip.
Dalam pernyataan petisyen itu, King mendakwa Gan telah melakukan rasuah dan menyalahi undang-undang kerana mengadakan jamuan makan dan minum kepada para pengundi Penggaram sehingga membawa kepada kemenangannya.
Beliau mendakwa Gan atau ejennya memaparkan kain rentang pada 18 Mei lepas, yang jelas menjemput pengundi di kawasan DUN Penggaram untuk menghadiri jamuan itu dan kira-kira 2,000 penduduk hadir.
King mendakwa kain rentang yang mengandungi perkataan 'Ubah Sekarang dan Bersihkan Malaysia' telah diedar dan ditampal oleh responden dengan tujuan untuk menimbulkan dan menyebarkan perasaan jahat serta tidak puas hati pengundi di Penggaram.
Justeru, beliau memohon agar mahkamah mengisytiharkan pilihan raya yang diadakan sebelum ini adalah tidak sah dan terbatal.
Manakala Mahkamah Pilihan Raya di Ipoh hari ini menolak petisyen yang difailkan bekas calon PAS untuk membatalkan keputusan DUN Rungkup dengan kos dan mengekalkan kemenangan BN.
Hakim Datuk Umi Kalthum Abdul Majid membuat keputusan itu selepas mendapati peguam individu Chan Kok Keong yang mewakili pempetisyen Misbahul Munir Masduki hanya memfailkan notis penerimaan lantikan di mahkamah semalam.
Ia bertentangan dengan Perintah 34 Peraturan-Peraturan Petisyen Pilihan Raya 1954 yang memerlukan peguam memfailkan notis penerimaan lantikan sebaik sahaja beliau dilantik sedemikian.
Bagi perkara itu, hakim memerintahkan pempetisyen membayar kos masing-masing RM5,000 kepada responden pertama, anggota DUN Rungkup Datuk Shahrul Zaman Yahya dan responden kedua, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Hakim turut mendapati bahawa walaupun pempetisyen telah melantik peguam individu untuk mewakilinya, namun petisyen yang difailkan pada 13 Jun lepas adalah melalui firma guaman, iaitu Tetuan Chan & Associates.
Sekali gus ia bertentangan dengan Perintah 9 Peraturan-Peraturan Petisyen Pilihan Raya 1954 yang mengkehendaki nama peguam mewakili pempetisyen perlu disertakan bersama petisyen yang difailkan selain hanya membenarkan pempetisyen atau peguamnya memfailkan petisyen berkenaan dan bukan firma guaman.
Umi Kalthum juga mendapati dokumen petisyen versi bahasa Melayu yang difailkan di mahkamah pada tarikh berkenaan ditandatangani oleh peguam Chan Kok Keong yang disahkan beliau semasa prosiding hari ini.
Hakim menyifatkan perkara itu merupakan satu hal yang sangat serius kerana ia melibatkan kuasa, kerana Misbahul Munir sebagai pempetisyen adalah pihak yang mempunyai kuasa, gagal menandatangani dokumen petisyen berkenaan.
Bagaimanapun dokumen petisyen versi bahasa Inggeris yang tidak difailkan dan digunakan sebagai rujukan pihak pempetisyen serta responden ditandatangani oleh Misbahul Munir selaku pempetisyen.
Umi Kalthum turut mengarahkan pempetisyen membayar kos masing-masing RM30,000 kepada Shahrul Zaman dan SPR.
Sejurus kemudian, Misbahul Munir yang berada di tempat orang awam dalam mahkamah berkenaan bangun memohon mahkamah menggunakan budi bicara untuk tidak mengenakan sebarang kos terhadapnya atau mengurangkan nilai kos berkenaan.
Bagaimanapun Umi Kalthum berkata kos telah ditetapkan dengan mengambil kira beberapa aspek dalam setiap undang-undang dan ia tidak terhad kepada yang melibatkan petisyen pilihan raya.
"Petisyen pilihan raya merupakan satu perkara yang serius. Anda berhak ambil tindakan (menerusi undang-undang) namun anda juga perlu menanggung risiko. Ini satu tindakan undang-undang yang berat.
"Saya berpendapat ia adalah kos yang munasabah bagi pihak-pihak responden, selain masa yang diambil oleh pihak yang terlibat, betapa mahalnya tenaga kerja yang perlu," katanya. - sumber

Kepada DSAI,
ReplyDeleteJANGAN BUANG SUARA & MASA, bekerja keraslah untuk PRU14,, mungkin saudara tak sempat jadi PM dan saya juga mungkin tak sempat nak tengok PR memerintah, namun kerja pemantapan perlu dilakukan.... Ramai generasi muda berkebolehan memimpin nanti, KITA yang tua ini perlu mempersiap sediakan wadah pemerintahan selepas ini.
Tokwan Perak (68 tahun kini)