Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, August 10, 2013

Setidak-Tidaknya Dia Ditinggalkan Di Hospital

Dulu masa kami masih muda mencari anak nak dijadikan Anak Angkat
Tapi masa tu agak susah nak dapat
Jadi sehingga sekarang kami tidak ada anak lelaki
Tapi alhamdulillah sekarang kami dikurniakan seorang Cucu lelaki

Waris bayi perempuan dicari
Waris Dhia Amanda dicari

SENAI – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengesan waris seorang bayi berusia sebulan yang dilahirkan di Hospital Sultanah Aminah di sini, 1 Julai lalu.

Bayi diberi nama Dhia Amanda itu ditinggalkan ibu kandungnya di wad hospital.

Pegawainya, Manayi Ibrahim berkata, pihaknya mengesan seorang wanita berusia 18 tahun dikenali sebagai Nor Nurul Aishah Omar bagi membantu siasatan mencari waris bayi perempuan itu.

“Jabatan ini sedang mengesan ibu kandung bayi yang alamat terakhir merupakan sebuah rumah kedai yang tidak berpenghuni.

“Siasatan awal mendapati ibu kandung bayi ini anak tunggal dan telah kematian ibu bapa dikatakan telah bernikah di sebuah masjid di Pasir Gudang bagaimanapun pernikahan itu tidak sah dan sijil dikemukakan adalah palsu. Usaha
mengesan sehingga kini masih gagal,” katanya.

Beliau berharap orang ramai yang mengenali atau mengetahui asal usul kanak-kanak ini menghubungi JKM.

Bayi itu berada dalam keadaan sihat dan ditempatkan di bawah perlindungan JKM di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 mengikut peruntukan di bawah Seksyen 25(2) Akta Kanak-Kanak 2001.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa