Oleh Hafiz Ithnin
Umum tahu beberapa sejarah dicipta anak Malaysia termasuk menakluki Gunung Everest, berenang merentasi Selat Inggeris sejauh 32.8 kilometer dan menawan ruang angkasa di luar atmosfera global.
Namun, sejarah keberanian anak Malaysia nampaknya belum sampai ke penghujungnya.
Greenland yang terletak di antara Lautan Artik dan Atlantik mempunyai suhu beku mencecah negatif 40 darjah Celsius.
Itu antara fakta mengenai lokasi yang ingin ditakluki beberapa anak Malaysia untuk mencipta satu lagi sejarah merentasi Greenland sejauh 530 kilometer dalam tempoh 35 hari. Ekspedisi itu dijangka dimulakan akhir April 2014.
SEBAHAGIAN 30 peserta yang terpilih.
Cabaran itu disambut rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang untuk menyertai Ekspedisi Greenland dan pemilihan pertamanya diadakan Jun lalu sebelum memilih 10 peserta terbaik daripada 30 peserta yang berjaya ke peringkat akhir. Sebelum itu seramai 117 peserta berjaya ke peringkat saringan awal.
Untuk layak menjadi 10 peserta terbaik menyertai ekspedisi itu bukan mudah kerana mereka termasuk tiga wanita perlu menjalani pelbagai ujian fizikal dan mental di dalam dan luar negara sebelum pemilihannya, November ini.
Presiden Kelab Eksplorasi Tujuh Benua Malaysia (KE7B), Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin berkata, ekspedisi itu dianjurkan KE7B kerana tiada seorang pun anak Malaysia melintasi Greenland sama ada secara individu atau berpasukan.
Beliau berkata, penganjuran ekspedisi ini memberi makna penting kepada anak muda untuk mencabar diri dalam aspek ketahanan mental dan fizikal serta memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia mengenai pengalaman mereka di lokasi itu nanti.
“Ekspedisi ini bukan sekadar rekod tetapi ia lebih kepada membina ketahanan jati diri golongan muda untuk membina generasi yang berani berdepan dengan pelbagai cabaran.
“Lebih menarik, Ekspedisi Greenland bukan dimonopoli golongan lelaki saja, malah tiga daripadanya adalah wanita yang akan turut serta dalam pelbagai ujian di Malaysia, Norway dan New Zealand, tahun ini.
“Pada masa sama, ia disertai rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang berusia bawah 33 tahun antaranya tentera, polis, pekerja am dan pelajar,” katanya semasa latihan pertama Ekspedisi Greenland di Gunung Nuang, Selangor, baru-baru ini.
Pada latihan pertama itu, 30 peserta berkenaan dikehendaki menarik tayar yang di atasnya terletak beban seberat kira-kira 30 kilogram berjalan di laluan balak sejauh lima kilometer di Gunung Nuang sebelum meneruskan aktiviti mendaki, memasak dan berkhemah.
Menariknya, mereka ialah sepasang suami isteri, Abdul Rahman Abu Hassan, 30, dan Tahira Najmunisaa Mohd Zaid, 24, yang mempunyai dua cahaya mata dan kedua-duanya bertugas sebagai anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Abdul Rahman berkata, pengalamannya menyertai pelbagai aktiviti lasak di dalam ketenteraan dan sukan seperti Ironman beberapa kali memberi keyakinan kepadanya menghadapi cabaran Greenland.
“Peluang menyertai Ekspedisi Greenland bukan mudah kerana ia memerlukan integrasi daya tahan mental, fizikal dan kerjasama berpasukan yang baik.
“Latihan pertama adalah permulaan yang baik untuk kami melatih diri menarik beban yang lebih berat pada ekspedisi itu nanti,” katanya.
Tahira Najmunisaa berkata, pemilihannya dalam kelompok 30 peserta terbaik memberi motivasi sebagai wanita berkeluarga dan atlet di dalam pasukan keselamatan.
“Walaupun sibuk menguruskan keluarga, saya mengambil masa pada sebelah petang untuk latihan larian sekurang-kurangnya 10 kilometer sehari dan berenang bagi menghadapi latihan lasak dalam pemilihan 10 peserta terbaik nanti,” katanya.
Sementara itu, peserta daripada Anggota Polis Unit Tindakan Khas, Bukit Aman, Fairuz Mohd Yasin, 33, berkata, latihan pertama untuk menarik beban di laluan berbukit tidak pernah dilakukannya.
“Latihan ini memerlukan ketahanan mental kerana untuk menarik beban di laluan berbukit sesuatu yang sukar, namun ia adalah latihan yang baik sebelum kami berdepan cabaran lebih hebat nanti,” katanya.
Sementara itu, peserta dan pelajar Universiti Kuala Lumpur, Muhd Hafizuddin Abd Mutalib, 24, berkata, pengalamannya menyertai banyak ekspedisi mendaki lebih 40 gunung di Malaysia membantunya menghadapi pelbagai latihan lasak.
“Pengalaman mendaki gunung mengajar saya untuk berdepan dengan pelbagai cabaran seperti semangat berpasukan, ketahanan fizikal dan survival kehidupan dalam keadaan terdesak,” katanya.
Seorang lagi calon peserta wanita, pekerja swasta, Siti Sharifah Anuar, 23, berkata, dia tidak menyangka pengalaman menyertai lebih 100 larian di dalam negara membolehkan dia terpilih dalam kalangan 30 peserta terbaik.
Selepas sesi pertama latihan di Gunung Nuang, 30 peserta latihan Ekspedisi Greenland akan meneruskan empat lagi siri latihan secara berperingkat di Malaysia, antaranya mendaki Gunung Brinchang, Kinabalu dan merentasi Gunung Trans Titiwangsa sebelum mengikuti latihan di Norway dan New Zealand bagi mengendalikan ski dalam cuaca sejuk melampau.
Jgn jadi seorg tokoh wanita yg ke kutub sehingga tittle dato ditarik balik...ada jugak dakwaan anak felda ke gunung everest tak sampai ke puncak sebenar tapi mendapat gelaran wira negara lebih hebat dari dua pendaki anak malaysia pertama yg mencecah ke puncak everest...Wallahukalam...
ReplyDeleteAnon 7:11 AM
ReplyDeleteEntahlah apa sebenarnya yang terjadi
Mungkin 2 pendaki pertama everest tu keturunan India. Saya kenal kedua-duanya kerana kami seangkatan di dalam aktiviti mendaki serta duduk bersama sebagai AJK Persekutuan Mendaki Malaysia. Jasa mereka tidak dipandang mana!
cabaran sebenar Islamkan seramai orang kafir yang boleh. Panjat gunung, rentas selat, rentas kutub layar keliling dunia. Semua ini nak riak, ingat Allah tak pandang semua itu.Guna lah cabaran yang mendatang kan pahala untuk kita.Jangan terikut orang kafir laknat kerana mereka tak dapat takwa dan tak bersyukor.Belanja buat benda benda nak tunjok besar, lebih baik ambil duit bantu umat Islam Palestin, Kemboja, Vietnam, Siam, Syria dan Mesir kan lebih berkat kerana peserta peserta Islamyang ceburi bidanag ini kebanyakkan tak tunai sholat 5 waktu.Kalau nak kejar glamour tapi tak sholat, baik lah bertaubat kembali pada Islam sebenar.
ReplyDeleteBertanyalah kpd yg arif dr kalangan cedekiawan islam.
ReplyDeleteApa keperluan dn juga kebaikan semua ini.apakah kebaikan melebihi keburukkan.apa sumbangan yg boley diberikan kpd ummah dr semua ini.sekiranya ada ia boleh n digalakkan utk dilakukan.
Sekiranya ada kebaikkan melebihi keburukkan sila teruskan.apa sumbangan kpd ummah dgn aktiviti ini.adakah ia lebih penting dr keperluan umum.harta,masa tenaga digunakan utk pencapaian apa?pertimbangkan dgn baik sblm lakukan sesuatu.kita bakal ditanya.
ReplyDelete