Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, October 24, 2013

Siasat Tu Bagus, Tapi Adakah Tindakan Susulan Akan Diambil?

Pengerusi PAC sahkan minta Ketua Audit Negara siasat Khazanah

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed (gambar), hari ini mengesahkan pihaknya meminta Ketua Audit Negara untuk menyiasat pemegang aset negara milik kerajaan, Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) berikutan perbelanjaan melampau syarikat berkaitan kerajaan itu dalam beberapa projek kerjasama.
Nur Jazlan berkata, PAC menghantar dua surat kepada Ketua Audit Negara mengenai perkara tersebut.
"Saya hantar dua surat kepada Ketua Audit Negara untuk meminta Khazanah memberi maklum balas mengenai kerjasama yang mereka jalankan," katanya kepada The Malaysian Insider.
The Malaysian Insider difahamkan Khazanah bagaimanapun masih belum menerima sebarang permohonan bertulis secara rasmi daripada Ketua Audit Negara mengenai perkara tersebut.Beliau yang juga Ahli Parlimen Pulai berkata, surat yang dihantar itu bertarikh 3 dan 7 Oktober 2013.
Pengurus aset negara itu diaudit buat kali pertama tahun ini untuk tempoh antara tahun 2009 hingga 2012, malah menerima pujian daripada Ketua Audit Negara kerana amalan pengurusan yang baik.
Dalam laporan The Malaysian Insider awal hari ini, PAC kini sedang menyiasat dana kekayaan Khazanah berikutan perbelanjaan melampau dalam pengeluaran cip Silterra, pembekalan makanan Malaysia Agrifoods dan pelaburan kewangan lain yang gagal memberikan pulangan kepada kerajaan beberapa tahun kebelakangan ini.
The Malaysian Insider turut difahamkan bahawa Ketua Audit Negara meminta Khazanah menjelaskan kerja perunding, gaji pegawai dan prosedur dalam pengurusan aset negara sejak penubuhannya.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang hari ini mendedahkan bahawa kerajaan dan agensinya terlalu bergantung kepada perunding dan pakar untuk membuat dasar walaupun mempunyai kakitangan awam seramai 1.4 juta.
Lim berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, dalam jawapan bertulis parlimen, gagal memberi jawapan "munafik" pada identiti laporan dan perunding bertauliah, kos setiap individu, kecuali jawapan umum pada kos yang ditanggung oleh Jabatan Perdana Menteri untuk sumber luar bagi penggubalan laporan kebangsaan dan pelan induk.
Jawapan itu, katanya, menyatakan negara membelanjakan RM3.3 juta pada 2008 untuk outsource kepada pihak luar, RM17.7 juta pada 2009, RM20.1 juta (2010), RM71.9 juta (2011), RM84.5 juta (2012), dan RM18.3 juta sehingga setakat tahun ini. - 24 Oktober 2013

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa