Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, October 26, 2013

Umur Baru 20 Tahun Tapi Dah Menjadi Penyembelih Yang Kejam!

Lelaki Mexico disyaki bunuh 79 orang

Monterrey: Seorang lelaki berusia 20 tahun di bandar utara Mexico, Monterrey, mengaku membunuh 45 orang tetapi disiasat kerana disyaki turut terbabit dalam pembunuhan 34 lagi, kata pegawai di sini kelmarin.

Juan Pablo Vazquez ditahan awal bulan ini di sini selepas dituduh menjual dadah, kata jurucakap keselamatan negeri Nuevo Leon, Jorge Domene. 

Mengaku bunuh 45 orang 

"Juan Pablo Vazquez ditahan awal bulan ini di sini selepas dituduh menjual dadah” Jorge Domene, Jurucakap keselamatan negeri Nuevo Leon"

Vazquez yang berkata menjadi sebahagian anggota kumpulan jenayah terancang sudah mengaku membunuh 45 orang tetapi dipercayai ada kaitan dengan 79 pembunuhan, kebanyakannya pada 2012, kata Domene.

Mexico dilanda keganasan kerana dadah dengan 1,000 maut sebulan kerana pembunuhan. - REUTERS

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa